Tuesday, April 17, 2012

Tepung Cap Sauh/Kunci/MFM

Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian.

Berkenaan tajuk diatas, alkisahnye...tersebutlah kisah...pada ahad lepas (15 April 2012), di TV Al-Hijrah ad satu segmen bersama staff persatuan pengguna islam. Jadi, tajuk pada aritu adalah berkenaan Benzoyl Peroxide yang ada pada kandungan tepung-tepung yang sangat2 biase kita gunakan dalam kehidupan seharian. Gandum setelah dikisarkan akan berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia "Benzoyl Peroxide" ke dalam tepung tadi, warna tepung akan luntur menjadi warna putih. Bahan kimia ini adalah merbahaya dalam jangka masa lama (means kalu umo skang 20an...mgkin dlm umo 40an or 50an br effect bhn kimia ni akan nmpk). Ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Apakah itu Bezoyl Peroxide???


Benzoyl Peroxide adalah :
  1. Bahan toksik
  2. Bahan penggalak tumor
  3. Boleh menyebabkan alahan pada kulit
  4. Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
  5. Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.
Benzoyl Peroxide ini digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adlah dgn cara m'campurkan tepung gandum dgn bhn kimia BP ni. Dalam tempoh yg singkat iaitu x smpi 1 jam, semua tepung gndum ni akn bertukar kepada putih. Selain menukar (meluntur) kpd warna putih, BP juga bertindak balas dengan tpng gandum ini lalu menukarkan protein gluten yg terdapat dalam tepng gandum asli. Ia juga akan mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih(yg ada BP) berbanding tpng gandum yg asal. 

Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

“Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya.

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang. Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. 

Bayangkan...umur x smpi 40an pelbagai penyakit datang...bayangkan...bayangkan...dan bayangkan...(bp byk kali nak bayangkannn daaa..) =) Untuk pengetahuan korang, masyarakat Cina x gune pun tepung cap sauh dan kunci ni. Sebab mereka tahu yang tepung ni mengandungi bahan yg leh membawa kesan pada jgka masa lama. Ada juga beberapa negara luar yg menegah produk2 yg mengandungi BP ni daripada memasuki pasaran negara mereka. Mereka nak kesihatan rakyat mereka terjaga. Malaysia bila lagi????

So...apa kate diusia muda2 ni...kite mencegah dari mengubat. Actually...tepung2 ni mmg HALAL...cumanya...bahan tambahan yang terdapat dalam kandungannya yang membawa risiko kepada kesihatan badan kita. Mungkin sekarang x nmpk kesan apa-apa....tapi akan datang?? Wallahualam. Baik kita mencegah dari mengubat. 

Actually, ad je tepung-tepung gandum yang tidak mengandungi "Benzoyl Peroxide" ni. Antara tepung yang tidak mengandungi adalah tepung Cap Bidara, tepung FAIZA, dan tepung Cap Bunga Cempaka, Tepung Tahqiq, dan tepung HPA (setakat ni...ni je yg aku tau..kalu ad lagi..leh la share)

Sila klik pada gambar untuk melihat lebih jelas


Memang x dinafikan zaman skang ni sumenye 100% ada bahan kimia...tapi apa salahnya...jika da tau info ni...kita berusaha menggunakan seminima yg mungkin bahan kimia untuk jangka masa panjang? x salah kan kalu kita mencegah dari mengubat???

psst : Tak salah pun jika nak menggunakan tepung yang mengandungi bahan Benzoyl Peroxide ni...cuma janganlah terlalu kerap...jagalah kesihatan anda. =)

6 comments:

  1. Replies
    1. seboleh2nya...minimakan kandungan bahan kimia dalam makanan seharian kita. =)

      Delete
  2. bertukarlah ke tepung cempaka.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila...sila...hehehe...saya pakai faiza je. =)

      Delete
  3. ooo faiza murah sikit.. yg penting bumiputera hehe

    ReplyDelete
  4. Benzoyl Peroxide adalah bahan paling utama untuk memutihkan tepung. Ia digunapakai seluruh dunia.

    Jangan tertipu dengan dakwaan tepung faiza tidak menggunakan bahan Benzoyl Peroxide.

    ReplyDelete

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.