Sunday, June 2, 2013

Al-Fatihah~

Semalam pergi melawat sepupu di hospital KPJ Shah Alam. Sepupu Ahmad Fuuzi (36thb) meninggal kerana ada pendarahan diusus dan terus tidak stabil jam 10pagi. Sudah 2 tahun menanggung sakit buah pinggan & hilang penglihatan sejak 8 bulan lalu.

Pada jam 2 petang, still bernafas, cuma tak sedar diri...
Jam 2.30 petang, jururawat minta kami keluar untuk masukkan dan cuci apa ntah. Aku pun tak paham.
Jam 3.00 petang, jururawat minta kami semua masuk dan baca yasin, keadaan makin tenat.

Aku memerhati skrin pada monitor, degupan jantung makin lemah...daripada 40 ke 30 ke 20.

YaALLAH, dalam hati berdebar tak dapat digambarkan dengan perasaan. Tangan seram sejuk.

Jam 3.15, doktor datang cabut wayar darah.

Aku memerhati lagi skrin monitor tu. Dalam masa mak n sanak saudara berbincang, aku masih memerhati skrin monitor. Makin lemah degupann jantungnya.

Jam 3.30...degupan jantung 0. Aku terus cakap kat mak aku..."ma...dah kosong"...
Tapi tetiba naik ke 30 lebih...

Doktor kelam kabut datang...dan cek...

Innalillah..sebenarnya yang tadi mesin..nyawanya telah dicabut malaikat izrail semasa degupan jantungnya 0 tadi...

Innalillahiwainnailaihirajiun....Semoga Roh abang pojie dicucuri rahmat.

Gambar Hiasan
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi