Salam para blogger sekalian. Setelah lama tidak 'mengupdate' blog ini, maka terdetik hati hendak mengupdate blog dengan entri 'Cinta Pertama'. Entri ini ditulis sempena drama yang semakin meletop (top..top) hehe..para blogger mesti tahu apakah drama tersebut. Sampaikan dari golongan yang muda sampai ke tua meminati drama tersebut. Drama yang diterbitkan oleh TV3 itu sering disebut-sebut pada masa sekarang. Tajuk
drama tersebut adalah "Adamaya". Ianya disiarkan pada hari isnin - khamis jam 6.30 ptg-7.30 ptg. Drama ini mengisahkan tentang Adam dan Maya yang disatukan oleh family sedangkan Maya pada ketika itu mempunyai pakwe yang bernama Dani. Maya dan Dani merupakan 'coupling' dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tetapi atas desakan keluarga, mereka terpaksa berpisah. Setelah 5 tahun, pelbagai konflik terjadi. Ini semua adalah disebabkan 'cinta pertama' yang tidak dapat dilupakan oleh Maya yang sering diganggu oleh Dani.
Persoalan sekarang, Adakah betul cinta pertama tidak boleh dilupakan? Hurmm...the truly is memang tidak dinafikan 'First Love' ini tidak boleh dilupakan. Berdasarkan survey daripada rakan-rakan, mereka mengatakan 'First Love' memang tidak dapat dilupakan bahkan mungkin akan di ingati selamanya. Mengapakah begitu? Ok, berdasarkan pengalaman, 'Cinta Pertama' ini akan membuatkan kita lebih matang untuk menghadapi hari-hari akan mendatang. Dengan erti kata lain 'Pengalaman lalu mengajar erti kehidupan'. Bagi pendapat saya, 'Past is Past'. Kita patut pandang kehadapan. Bukan toleh ke belakang. Kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Janganlah kita menolak takdir kerana apa yang berlaku telah Allah tetapkan. Jadi, janganlah terlalu 'frust menonggeng' apabila cinta anda ditolak. "Yang lepas usah dikenang, yang akan datang hargai sebaiknya". Kadang-kadang, memang tidak dinafikan bila kita ke mana-mana atau tempat yang mengingatkan pada kenangan lalu kita akan teringat kenangan lalu. Itu tidak mustahil. Untuk mengelakkan perkara tersebut, janganlah duduk bersendirian, Banyakkan menyertai kelab-kelab atau persatuan bagi para pelajar dan bz kan diri bagi para pekerja. Selain itu, 'Think Positive' dan 'Set mind' dengan perkara-perkara baik. Banyakkan muhasabah diri dan paling mujarab ialah banyakkan 'Berdoa,Berzikir,Baca Al-Quran'. Jadikan ex-pasangan anda sebagai teman anda. Ukhuwwah yang terbina jangan di putus begitu sahaja.drama tersebut adalah "Adamaya". Ianya disiarkan pada hari isnin - khamis jam 6.30 ptg-7.30 ptg. Drama ini mengisahkan tentang Adam dan Maya yang disatukan oleh family sedangkan Maya pada ketika itu mempunyai pakwe yang bernama Dani. Maya dan Dani merupakan 'coupling' dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tetapi atas desakan keluarga, mereka terpaksa berpisah. Setelah 5 tahun, pelbagai konflik terjadi. Ini semua adalah disebabkan 'cinta pertama' yang tidak dapat dilupakan oleh Maya yang sering diganggu oleh Dani.
"Cintakan BUNGA, bunga kan LAYU"
"Cinatakan MANUSIA , manusia kan MATI"
"Cintakan ALLAH, KEKAL ABADI"
ahahaha ...
ReplyDeleteskali skala kita kna toleh kebelakang untuk dijadikan sempadan...
huhuhu..toleh blakang kat jalan raya je ek..dlm kehidupan jgn toleh blakang dah..sebab yg akan dtg mungkin lebih baik dr yg sblomnye...huhu~
ReplyDelete