Wednesday, May 12, 2010

Kemuncak Hari Belia Negara 2010

 Salam para blogger sekalian. Minggu ini rancangan-rancangan televisyen sibuk memperkatakan tentang HARI BELIA NEGARA. Apakah itu Hari belia negara? Dimanakah ianya akan diadakan? Siapakah yang layak digelar golongan belia? Apakah program menarik yang akan diadakan sepanjang program tersebut dijalankan?


 Hari Belia Negara akan diadakan pada 15 Mei setiap tahun. Sepanjang hari belia ini, banyak program menarik akan diadakan. 
Apakah yang dimaksudkan dengan BELIA? Belia ialah fasa diantara kanak-kanak hingga dewasa. Kadang-kadang istilah belia juga diertikan dengan 'remaja', dan juga 'pemuda-pemudi'. Ianya sebenarnya tergolong dalam kelompok makna yang sama cuma kadang-kadang ianya dibeza-bezakan mengikut pemahaman tersendiri. Golongan belia ini merupakan teras penting yang menggambarkan kewujudan negara pada masa akan datang. Merekalah yang mencorakkan dan memimpin negara pada masa akan datang.

Had usia bagi golongan belia ini berbeza bagi setiap negara. Bagi Malaysia, belia Malaysia digolongkan diantara usia daripada 16 tahun hingga ke 40 tahun. 

Pada tahun ini, tema bagi Hari Belia Negara adalah "Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara". Hari Belia Negara 2010 ini akan diadakan di Putrajaya pada 14 Mei 2010 - 16 Mei 2010. Acara kemuncak bagi Hari Belia Negara ini adalah pada 15 Mei 2010 dimana para belia dari seluruh negeri akan berkumpul di PICC,Putrajaya. Pada acara kemuncak tersebut, pelbagai anugerah akan diberikan pada individu atau organisasi yang telah menunjukkan jasa dan sumbangan yang cemerlang kepada pembangunan belia. Anugerah ini terdiri daripada : 
  1. ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA
  2. KATEGORI TOKOH JASA BELIA (L/W)
  3. KATEGORI DAYA JUANG MALAYSIA BOLEH
  4. KATEGORI KEPIMPINAN
  5. KATEGORI KEMAHIRAN & INOVASI
  6. KATEGORI KEUSAHAWANAN
  7. KATEGORI WIRA TANI 
  8. KATEGORI KESUKARELAAN 
Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang program tersebut diadakan. Anataranya adalah seperti berikut :



SUKAN BERMOTOR
1. Mari Mencuba Go-Kart
2. Mari mencuba Mini Bike
3. KSR/ Kawasaki Race
4. Auto Show / Auto Khana
5. Goodyear KBS International Drift Challenge
6. Demo / Mari Mencuba Remote Control

SUKAN REKREASI
1.Cabaran Sukan Lasak
2. Mari Mencuba Menunggang Kuda
3. ECO Challenge
4. Kejohanan Paintball
5. Karnival Sukan Air
6. Program Maret Muda (Berbasikal)
7.Demo / Klinik Inline Skating

SUKAN KECERGASAN
1. Open Day Gimnasium & Mr Fitness
2. Senam Cergas
3. Malay Mail BIG WALK
4. Pertandingan Aerobikthon
5. Pameran Interaktif Kecergasan
6. Sukaneka
7. Demo Parkour
8. Pertandingan Cheerleading
9. Pertandingan Kabbadi
10.Pertandingan Tarian Singa
11.Menyumpit Orang Asli

SUKAN MASSA
1. Kejohanan Futsal
2. Pertandingan Bola Jaring
3. Pertandingan Sepak Takraw Antara Regu
4. Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3
5. Demo, Mari Mencuba & Pertandingan Dodgeball
6. Perhimpunan Rakan Wajadiri
 
Terdapat 8 cluster sempena Hari Belia Negara 2010. 
Disamping itu, Al-Kuliyyah juga akan diadakan di Jambatan Putra, Presint 1 sempena  Hari Belia Negara.  Jangan lepaskan peluang untuk menonton Al-Kuliyyah secara live. =). Jom Heboh juga akan diadakan sempena Hari Belia Negara ini. Dan yang paling menarik, Hari Belia Negara akan menawarkan peluang  kepada usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka di Youth Town. Kira-kira 50 gerai jualan yang akan diusahakan oleh belia-belia dari seluruh Negara. Dianggarkan kira-kira 100,000 pengunjung akan mengunjungi Youth Town yang mempunyai pelbagai barangan menarik untuk dijual seperti pakaian lelaki dan wanita, tudung, cenderamata, barangan military, makanan serta minuman dan banyak lagi. Menarik bukan?. Jadi, pada rakan-rakan blogger di luar sana, marilah kita memeriahkan Hari Belia Negara pada tahun ini.  Jumpa anda di sana. =)

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.kbs.gov.my/HBN2010_web/index.html

2 comments:

  1. huhu.... cam copy paste aidi-safuan nyer post jer! marah nih.


    hehehe... gurau jerla. jangan emo2. :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..

    copy gmbr n aktiviti jer laa..

    jgn maree... =)

    ReplyDelete

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.