Monday, April 16, 2012

Pelancaran Proton Preve

Bukak tv td...alih2 channel nak tgk cite ape best...tertekan remote 100..tekan 100 terpapar tv1. So, trus tekan info...Rancangan Khas. Haa?? rancangan khas? rupenye..majlis pelancaran Proton Preve. Memula x nak tgk...tp..bile dok tgk2 secara x sengaja...terdetik plak nak tgk smpi habis. So...layankan la sampai habis. Macam best plak tgk Proton Preve ni. Penuh satu dewan tu dengan pekerja Proton. Adalah tu kawan2 aku kat dlm tu. Dan terimbau plak pengalaman industrial visit time kat poli dlu ke Proton Tg Malim. Memang syok la masok kilang proton tu. Ape yg syoknye? Syoknye sebab dapat tgk robot2 wat kerja....macam menari gtuh...hahaha...100% staff kat proton tg malim tu adalah lelaki sumenye. Yang bestnye lagi kitorang dpt tgk dr mula2 pembinaan kereta sampai la menjadi sebuah kereta. 



Ok..berbalik kepada Proton Preve ni...nama sebelum ditukarkan kepada Proton Preve adalah proton P3-21A. Majlis Pelancaran Proton Preve ni telah pun diadakan di MIECC (Mines Exhibition & Convention Centre) Mines Resort City, Seri Kembangan. Ianya dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Apa maksud disebalik Preve ni? Ok...ad info mengatakan yang proton preve ni diubah suai daripada perkataan asal bahasa inggeris (Proof) yang membawa maksud 'bukti.' Perkataan ini juga dipinjam dan diolah daripada bahasa sepanyol, Preve yang membawa maksud 'memperuntukkan' dan sekaligus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.

Camne ngan harga kereta Proton Preve ni? Ok..berdasarkan siaran langsung td...PM ckp..harga bagi kereta ni HANYA RM 59 990.00 hingga RM92 990.00. Jadi, anda yang berminat dengan kereta Proton Preve ni boleh la memandu uji dan booking di outlet2 berhampiran anda. Proton Preve juga mendapat 5 bintang dalam MyVAP daripada MiMOS. Mksdnye 5 bintang untuk kereta yang mementingkan ciri-ciri keselamatan.

Terdapat 6 pilihan warna Proton Preve. Warna nampak menarik terutamanya warna biru(blue lagoon) dan merah(fire red), generic silver, elegant brown, tranquility black, dan solid white.

Interior Proton Preve
Perbandingan specification antara Proton Preve,Honda City dan Toyota Vios
Dijangkakan Proton Preve ni akan di pasarkan juga di luar negara. Dari segi estetik..mmg nmpk menarik Proton Preve ni. Ini diakui sendiri oleh Pemandu F1 luar negara (x ingt da name). Kereta ini dikatakan balance (depan nampak garang, dan yang blakang (x igt die ckp ape) ehee...sowii. Yg aku igt...die ckp die suke logo proton kat tgh2 tu...sebab nampak mcm nak terkam...uhuuuhu). Kereta ni juga dilengkapi dengan wifi 4G...4G tuhh...hehe...ape lagi...sape yg suke nak mengonline dimana-mana sahaja anda berada bolehla simpan2 duit untuk beli kete ni. hehehe~

Berikut iklan yang akan dtayangkan di televisyen...

Versi Bahasa Malaysia

Versi English

Ape-ape pun...aku bangga jadi rakyat Malaysia. =)

psst : sebut betol-betol...'p-re-ve'...bukan 'pre f' ok. =)

No comments:

Post a Comment

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.