Saturday, April 21, 2012

Lempeng kelapa

Lempeng ni senang dibuat. Hanya menggunakan adunan tepung gandum je. Masa yang diperlukan lebih kurang 10 minit je. Sesuai untuk dimakan samada untuk sarapan pagi atau minum petang.


Resepi : Lempeng Kelapa

Bahan-Bahan  Lempeng kelapa :

Tepung gandum
Kelapa parut (elok amik yang putih)
Sedikit garam
Minyak Masak
Air

Bahan-Bahan Sambal Belacan :

Segenggam cili padi
4 biji cili merah (dibuang biji)
Sedikit belacan
1 camca besar gula
Sedikit garam
Perahan limau / Air asam jawa


Cara-Cara membuat Lempeng Kelapa :
  1. Tepung gandum dimasukkan kedalam bekas.(Kuantiti terpulang pada berapa hidangan hendak dibuat)
  2. Masukkan kelapa parut td kedalam bekas yang berisi tepung. (Kuantiti bergantung kepada kuantiti tepung tadi)
  3. Letakkan sedikit garam.
  4. Masukkan air (anggaran) ke dalam bekas tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan kuali bersama minyak.
  6. Letakkan adunan tadi ke atas kuali. (Leperkan seperti gambar diatas)
  7. Pastikan kedua-dua belah dimasak.
Cara-Cara membuat sambal belacan (boleh dimakan untuk beberapa hari/simpan dalam peti sejuk)
  1. Masukkan bahan-bahan seperti cili padi, cili besar, belacan, gula dan garam ke dalam lesung batu/mesin blender.(Nak sedap tumbuk gune lesung batu)
  2. Hancurkan bahan-bahan tadi sekaligus.
  3. Selepas hancur, masukkan sedikit perahan limau/sedikit air asam jawa ke dalam bahan-bahan tadi.
  4. Kacau hinggan sebati.
  5. Sambal belacan siap. (boleh disimpan didalam peti ais untuk hidangan tengah hari/malam)
Lempeng ni sedap dimakan bersama Kari, sambal ikan bilis dan juga susu. Saya makan lempeng ni dengan sambal belacan. Meleetoppp. =)

Cicahkan lempeng kelapa dengan sambal belacan. Pasti meleetoopp. =)

No comments:

Post a Comment

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.