Resepi 1 : Ayam Kari Masak Merah
Resepi Asal : Peket Kari Masak Merah Cap 0
Bahan-Bahan :
250gm (1 peket) Serbuk Kari Masak Merah Cap 0
600gm Ayam (Terpulang)
1/2 biji Santan Kelapa
12 ulas Bawang Merah kecil (6 ulas dihiris halus, 6 ulas ditumbuk)
6 ulas Bawang Putih (3 ulas dihiris halus, 3 ulas ditumbuk)
1 inci Halia (1/2 inci dihiris halus, 1/2 inci ditumbuk)
1 keping Asam Keping
Secukup rasa Garam
2 batang Daun Kari
Sedikit Kulit Kayu Manis, Bunga Cengkih, dan Bunga Lawang (untuk tumis)
1/2 cawan (100ml) Minyak masak untuk menumis
1/2 cawan (100ml) Air
4 biji Kentang yang dibelah 4 (saya tambah. Resepi asal tiada)
- Bawang merah, Bawang putih dan halia ditumbuk halus, dicampur dengan 25gm Serbuk Kari Masak Merah Cap 0 bersama dengan 1/2 cawan air untuk dijadikan pes. ***saya gunakan blander je untuk cara 1st ni...masukkan bawang merah,bawang putih,halia dan serbuk kari masak merah cap 0 dan sedikit air dalam blender dan kemudian blend kan bahan-bahan tadi...senang kan. =)
- Panaskan minyak masak, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bawang merah kecil dan bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi berserta daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik aroma.
- Masukkan bancuhan pes Kari Masak Merah Cap 0 dan asam keping.Tumis dengan menggunakan api yang sederhana sehingga pes tersebut pecah minyak.
- Masukkan ayam. Kacau sehingga sebati dengan menggunakan api yang sederhana.
- Masukkan santan kelapa.
- Masukkan kentang yang telah dipotong 4.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Biarkan masak diatas api yang sederhana sehingga mendidih. Biarkan masak selama lebih kurang 5 minit.
- Sedia untuk hidangan.
No comments:
Post a Comment
.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.