Friday, April 20, 2012

Muffin Coklat

Resepi ni simple je...x susah...orang2 bujang pon boleh buat...ianya juga x perlu dipukul hingga kembang...dan x perlu juga guna mesin pemukul bahan tu...


Resepi : Muffin Coklat
Resepi asal : Yani - My Resepi

Bahan-Bahan :

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya letak sebab ni muffin coklat..xnak bg lembik sangat)
Sedikit badam hancur (untuk topping)

Cara-Cara :
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler". Double boiler ni korang masukkan coklat dalam satu bekas(tahan panas) yang kecil. Di atas api...letakkan satu loyang (besar skit daripada bekas kecil td) then isikan air (sikit je...jgn banyak sgt...agk2 periuk kecil td tenggelam), kemudian panaskan dengan api yang kecil. Apabila panas, coklat dalam bekas kecil td akan cair. Pastikan jangan biarkan air memercik masuk ke dalam bekas kecil yang terdapat coklat tadi.
  2. Kemudian masukkan mentega ke dalam coklat yang dah dimasakkan tadi. Kacau sehingga mentega cair. Selepas itu, panaskan oven dalam suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan telur dan gula. Kacau hingga sebati. (Tak perlu sampai kembang. Sekadar kacau hingga sebati. Jika terlalu lama kacau...kemungkinan besar muffin tadi akan bantat...tak vulcano(merekah kat atas).
  4. Masukkan telur dan gula tadi ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk coklat.Gaul hingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. 
  7. Taburkan badam diatas adunan tadi sebagai topping.
  8. Bakar selama 20 minit.(Kalau nak dapatkan muffin yang vulcano, pada 10 minit pertama...pastikan suhu antara 180-200C. Kemudian selepas 10 minit pertama, turunkan suhu pada 170C ).
  9. Selepas masak, mungkin muffin akan kelihatan lembik sedikit. Tapi bila dah sejuk, muffin akan keras(bukan keras macam batu tau) dengan sendiri. Jadi...lepas 20 minit tu, tak perlu dibakar semula jika muffin kelihatan lembik.
Tips untuk buat muffin boleh intai kat sini : Teknik dan Tips membuat Muffin

No comments:

Post a Comment

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.