Friday, March 28, 2014

Semai Pokok Tomato Tarat

Jeng...jeng...

Gembira sangat apabila benih yang disemai telah menunjukkan hasilnya.
Setakat 28/3 ni...
Cuma pokok tomato tarat menunjukkan hasil...

Benih Tomato Tarat


Semai benih-benih ni pada 25 Mac 2014.
Harini 28 Mac 2014.

Benih yang disemai pada 25 Mac 2014 :

  1. Tomato Ceri (Dapat percuma daripada kak stevia)
  2. Tomato Tarat (Dapat percuma daripada kak stevia)
  3. Cili burung (Beli daripada en.is blog tanamsendiri.com)
  4. Cili kulai (Beli daripada en.is blog tanamsendiri.com)
  5. Sawi Menang (Dapat benih kongsi daripada en.is tanamsendiri.com)
  6. Sawi Pak Choy (Beli benih di supermarket)
  7. Daun sup (Beli benih di supermarket)
Tapak Semaian

Haaaa....harini 28 Mac 2014 pun ada semai benih...iaitu benih bendi pokok sendiri. Dulu ada tanam pokok bendi...lepastu mama simpan bendinya berkurun dalam laci. Selongkar je...nampak benih-benih ni...jadi try tanam mana tahu menjadi kan....17 biji benih tuuuu disemai untuk bendi sahaja. Kalau menjadi alamatnya nak sedekah la pokok-pokok ni. hihihi~

Benih roselle
harini juga 28 Mac dapat 2 sampul surat berisi benih roselle...2 sampul tuuuuu....Free...ada orang bagi daripada facebook. Alhamdulillah...mungkin akan disemai esok...

Seronok tau sebenarnya bercucuk tanam ni...gembira je tengok pokok-pokok yang mendatangkan hasil...

Selain tu ianya juga menguji kesabaran. Bila menyemai benih ni...kita kena sabar...lain pokok, lain cara hidup. Jadi tak boleh berputus asa dalam menyemai benih-benih ni.

Bila bercucuk tanam ni...kita tak perlu dah beli barang-barang dapur yang kebanyakannya kita gunakan hanya sedikit sahaja. 

Jom tinjau-tinjau kawasan laman saya. :) Kawasan yang terhad akan digunakan dengan sebaik mungkin. ^___^

Laman rumah

Monday, March 24, 2014

Lulus Peperiksaan Pegawai Arkib S41 2014

Seperti yang anda tahu, SPA akan mengadakan peperiksaan bagi jawatan PEGAWAI ARKIB GRED S41 pada 1 April ini seluruh negeri secara serentak. Sudahkah anda bersedia?

Berikut saya sertakan serba sedikit info mengenai jawatan ini.

Jawatan : PEGAWAI ARKIB GRED S41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan : JABATAN ARKIB NEGARA

Deskripsi Tugas  :


  • Mengesan institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia. 
  • Menguruskan Perolehan, pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.
Syarat Lantikan :

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Lulus BAHASA MELAYU (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji Minimum : RM 1909.00 - RM 8644.00

Boleh website arkib negara untuk maklumat lanjut.

Anda tercalon untuk Peperiksaan Pegawai Arkib S41?

Nak tips-tips best tak untuk peperiksaan ini?

Soalan Peperiksaan Gred S41 tidak banyak beza daripada segi format kecuali skop soalan yang ditujukan sahaja yang berbeza. Berikut adalah pecahan bagi Peperiksaan Pegawai Arkib S41.

Seksyen A : Pengetahuan Am
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Karangan Esei Bahasa Melayu
Seksyen D : Karangan Esei Bahasa Inggeris.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
                       PANDUAN LULUS PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB S41
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Panduan ini??

Untuk lulus peperiksaan ini, anda perlukan panduan/tips bagi menghadapi peperiksaan ini. Untuk pengetahuan anda, panduan yang disediakan oleh infokerjaya sangat lengkap dan telah ramai graduan lulus peperiksaan anjuran SPA dan melalui proses peringkat seterusnya iaitu dipanggil untuk temuduga.

Jika anda merupakan salah seorang calon peperiksaan pegawai arkib, anda boleh bersiap sedia dengan menelaah panduan ini.

Berminat?


Semoga anda berjaya!!!!


Saturday, March 22, 2014

Bila diuji

Petang-petang dikala kesakitan menjengah,
Demam semakin surut,
Kepala sakit lagi,
Perubahan Cuaca barangkali,

ku termenung di luar jendela,
Melihat, menghayati...
SubhanaALLAH...
Indahnya ciptaanNYA...

Allah Maha Besar.
Allahuakbar.

Pokok Ulam Raja


Pokok Limau Kasturi

Pokok Serai

Pokok Orkid

Pokok Tenggek Burung

Pemandangan rumah Taman Cemerlang

Roket


Roket

Ada nampak kapal terbang tak?

Kapal Terbang. Teringat MH370


Pokok Tanduk Rusa

Anak-anak orkid

Pokok Orkid

Orkid di dahan pokok rambutan

Koleksi Orkid



Orkid lagi...kesian tak terjaga.


Perangkap lalat

Pokok kari

Pokok Serai wangi

Pokok Lidah Buaya 

Ikan Gapi

Monday, March 17, 2014

Hujan Membawa Rahmat

Alhamdulillah arini hujan daripada pagi sampai ke petang.

Syukur sangat2.

Pokok2 pon bertambah-tambah sihat.

Berkisarkan MH370...

Didoakan mereka selamat dan sihat walafiat.