Friday, March 28, 2014

Semai Pokok Tomato Tarat

Jeng...jeng...

Gembira sangat apabila benih yang disemai telah menunjukkan hasilnya.
Setakat 28/3 ni...
Cuma pokok tomato tarat menunjukkan hasil...

Benih Tomato Tarat


Semai benih-benih ni pada 25 Mac 2014.
Harini 28 Mac 2014.

Benih yang disemai pada 25 Mac 2014 :

  1. Tomato Ceri (Dapat percuma daripada kak stevia)
  2. Tomato Tarat (Dapat percuma daripada kak stevia)
  3. Cili burung (Beli daripada en.is blog tanamsendiri.com)
  4. Cili kulai (Beli daripada en.is blog tanamsendiri.com)
  5. Sawi Menang (Dapat benih kongsi daripada en.is tanamsendiri.com)
  6. Sawi Pak Choy (Beli benih di supermarket)
  7. Daun sup (Beli benih di supermarket)
Tapak Semaian

Haaaa....harini 28 Mac 2014 pun ada semai benih...iaitu benih bendi pokok sendiri. Dulu ada tanam pokok bendi...lepastu mama simpan bendinya berkurun dalam laci. Selongkar je...nampak benih-benih ni...jadi try tanam mana tahu menjadi kan....17 biji benih tuuuu disemai untuk bendi sahaja. Kalau menjadi alamatnya nak sedekah la pokok-pokok ni. hihihi~

Benih roselle
harini juga 28 Mac dapat 2 sampul surat berisi benih roselle...2 sampul tuuuuu....Free...ada orang bagi daripada facebook. Alhamdulillah...mungkin akan disemai esok...

Seronok tau sebenarnya bercucuk tanam ni...gembira je tengok pokok-pokok yang mendatangkan hasil...

Selain tu ianya juga menguji kesabaran. Bila menyemai benih ni...kita kena sabar...lain pokok, lain cara hidup. Jadi tak boleh berputus asa dalam menyemai benih-benih ni.

Bila bercucuk tanam ni...kita tak perlu dah beli barang-barang dapur yang kebanyakannya kita gunakan hanya sedikit sahaja. 

Jom tinjau-tinjau kawasan laman saya. :) Kawasan yang terhad akan digunakan dengan sebaik mungkin. ^___^

Laman rumah

No comments:

Post a Comment

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.