Monday, April 26, 2010

Alam Semesta

Ketika mentari menyinar alam semesta,

Ketika bumi berputar mengikut paksi,

Ketika alunan ombak memecah pantai,

Ketika bulan bersinar memecah kegelapan malam,

Apakah yang dilakukan oleh manusia??

Dimana peri kemanusiaan??

Mengapa alam semesta di cemari ribuan sampah sarap??



Mengapa ini semua terjadi??

Lihatlah alam semesta ciptaanNYA,

Begitu indah, begitu tenang, begitu damai.

Hargailah Alam Sekitar kita.

Sayangi BUMI ciptaaNYA.

Wednesday, April 21, 2010

I-City get big support boost from Tourism Malaysia


SHAH ALAM: The tourism ministry will help promote the City of Digital Lights internationally as the country's tourist nightspot attraction, said minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.


City of Digital Lights, located at the I-City in Section 7 here, is an investment by I-Bhd, the developer of I-City, which comprises decorative lightscapes for the park and streets (Phase One), dynamic light shows involving both lasers and light emitting diod screens (Phase 2) and interactive light experience (Phase 3).


Anak kecil dengan Duit bernilai RM10

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat." 


Jadilah wanita yang paling bahagia~

~~wanita itu ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat senang diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak, susah dipetik, susah digapai. Kadang- kadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi, martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan didunia tapi diakhirat. Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta ILAHI mengiringi..

Berkorban demi CINTA TERAGUNG~~~

Saturday, April 10, 2010

Upah Dari Google Adsense dan Nuffnang. MESTI BACA!!!!

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yang bernama nuffnang ni. Kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih.



JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nuffnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Cara-cara mengekalkan TULANG YANG KUAT.

Terdapat banyak cara untuk mengekalkan tulang yang kuat. Antaranya adalah :
  1. Pemakanan yang seimbang Pengambilan 'nutrien tulang' yang secukupnya seperti kalsium dan vitamin D dalam diet anda amatlah penting. Susu merupakan salah satu sumber baik kerana ia membekalkan anda dengan nutrien penting yang lain seperti Protein, Magnesium dan Zink.
  2. Senaman Tulang kita boleh menjadi semakin kuat dengan senaman, seperti berjalan, berlari, lompat tali, menaiki tangga, jogging dan menari.
  3. Gaya hidup Sihat Elakkan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia boleh mengurangkan kandungan kalsium dan mineral dalam tulang, menjadikannya lemah dan mudah patah. Selain itu, kurangkan juga minuman berkafein seperti kopi,nescaffe dan juga lain-lain.





Protect Your Bone strength~

Fakta Menarik Mengenai Tulang.

Apa akan berlaku jika kita tidak mempunyai tulang??Tanpa tulang, kita hanya segumpal kulit di atas lantai. Kita tidak mungkin boleh berjalan, bercakap atau berdiri!!!

Rangka badan manusia terdiri daripada lebih 206 tulang. Tulang membentuk struktur dan memberi sokongan supaya badan kita boleh berdiri tegak , membolehkan kita bergerak dan juga melindungi organ dalaman (seperti jantung dan paru-paru). Ia juga menyimpan 99% daripada kandungan kalsium badan kita. Oleh kerana tulang memainkan pelbagai peranan penting, adalah penting untuk kita memeliharanya supaya ia kekal kuat dan sihat.

Tahukah anda...



Thursday, April 1, 2010

Facebook

Apakah itu facebook?? buku muka?? anda perasan tak..sekarang facebook terkenal seluruh negara. Apa2 pon facebook..kanak2 sekecil darjah 3 pon tau ape itu facebook..Adakah ini sesuatu yang memberi impak baik??? Atau impak yg buruk??? Pergi mana2 je..org akan ckp pasal facebook...facebook..dan juga facebook. Perdana Menteri kita pon ada facebook. Ok, kat sini nak share pendapat..bagi ku..facebook ni ada kebaikan dan ada keburukannya.