Saturday, April 10, 2010

Protect Your Bone strength~

Fakta Menarik Mengenai Tulang.

Apa akan berlaku jika kita tidak mempunyai tulang??Tanpa tulang, kita hanya segumpal kulit di atas lantai. Kita tidak mungkin boleh berjalan, bercakap atau berdiri!!!

Rangka badan manusia terdiri daripada lebih 206 tulang. Tulang membentuk struktur dan memberi sokongan supaya badan kita boleh berdiri tegak , membolehkan kita bergerak dan juga melindungi organ dalaman (seperti jantung dan paru-paru). Ia juga menyimpan 99% daripada kandungan kalsium badan kita. Oleh kerana tulang memainkan pelbagai peranan penting, adalah penting untuk kita memeliharanya supaya ia kekal kuat dan sihat.

Tahukah anda...




  • Tulang kita diperbaharui sepenuhnya setiap sepuluh tahun.
  • Tulang manusia adalah 4 kali lebih kuat berbanding konkrit
Tulang anda Adalah Tisu Hidup!
Tulang adalah tisu yang terdiri daripada sel-sel hidup (kalogen) dan mineral (kalsium ), beserta saluran darah dan saraf.

Tulang anda akan terurai dan membentuk semula melalui proses semulajadi yang dikenali sebagai "pembinaan semula tulang", yang berlaku sepanjang hayat anda.


Proses penguraian dan pembinaan semula membolehkan tulang-tulang bari dibina. Kedua-dua proses ini perlu seimbang untuk mengekalkan jisim tulang. Jika aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembinaan semula, ia mungkin mengakibatkan pengurangan jisim tulang.

Ini bermakna, jika aktiviti penguraian tulang berkurangan, anda akan dapat melindungi kekuatan tulang anda.

Daripada usia 30 tahun, tulang anda boleh mula MEROSOT!!!!
Ya - jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan.

Ketika kita muda, proses pembinaan semula tulang menyebabkan lebih banyak tisu tulang dibentuk. Apabila kita mencapai usia dua puluhan atau tiga puluhan, jsiim tulang kita mencapai kemuncaknya.

Semakin usia kita meningkat, lebih banyak jisim tulang akan berkuranagan kerana aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembentukan semula. Jika ini berterusan, tulang boleh menjadi lemah dan keretakan tulang mungkin berlaku.

Osteoporosis
adalah sejenis penyakir yang menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh, terutamanya di pergelangan tangan, pinggul, dan tulang belakang, menjadikannya mudah patah. Kemerosotan tulang berlaku secara perlahan-lahan, tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan sebarang simpton. Mereka yang mengalami osteoporosis hanya menyedarinya setelah mengalami kepatahan tulang.
FAKTA!!!!!
Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 3 wanita, dan 1 daripada 5 lelaki yang berumur melebihi daripada 50 tahun mengalami kepatahan tulang pinggul akibat osteoporosis.

sumber :     http://www.iofbonehealth.org/facts-and-statistics.html
                  pamplet dari anlene yg dtg kat tmpt kije aku..hohoho~
.

No comments:

Post a Comment

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.