Friday, April 20, 2012

Muffin Vanilla

Muffin Vanilla ni senang je nak buatnya. Lagi senang daripada muffin coklat..cuma perlu dapatkan tepung bagi muffin vanilla ni.


Resepi : Muffin Vanilla
Resepi Asal : cikLF - My Resepi

Bahan-Bahan :
1 paket Tepung Muffin mix-Vanilla.
3 biji telur
135g minyak jagung (saya gantikan dengan minyak masak je)
130g susu segar
Sedikit chocolate chip
Sedikit badam hancur (saya letak ni..resepi asal tiada)


 Cara-Cara :
  1. Masukkan susu segar ke dalam sebuah bekas.Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Masukkan telur (3 biji)
  3. Kacau (secara manual) susu bersama telur tadi sehingga sebati. (Tak perlu guna hand disk/Mesin)
  4. Masukkan minyak jagung (boleh juga guna minyak masak). Kacau.
  5. Campurkan tepung muffin. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan badam hancur tadi kedalam adunan.(Terpulang nak banyak mana. Lagi banyak lagi sedap)
  7. Letakkan adunan ke dalam cup lebih kurang 1/2 sahaja.
  8. Taburkan beberapa cohcolate chip di bahagian atas.
  9. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 20-30 minit Untuk 10 minit pertama, pastikan suhu 180-200C. Dan selepas 10 minit, turunkan suhu pada 170C.
Ianya sesuai untuk dihidangkan pada waktu petang. Senang, dan ringkas. Kanak-kanak pasti menyukainya. =)

Tips untuk buat muffin boleh intai kat sini : Teknik dan Tips membuat Muffin 

No comments:

Post a Comment

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.