Wednesday, December 28, 2011

Istimewanya Wanita Yang Bernama 'IBU'

   1. Doa Wanita 
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orag penyayang tidak akan sia-sia."  

    2. Pahala Wanita Bersalin
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.
   3. Kelebihan Melahirkan Anak
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
     4. Kelebihan Menyusukan Anak
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

     5. Pahala Memelihara Anak
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.

Thursday, September 22, 2011

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.
Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Thursday, September 15, 2011

Setia dan Sedia dalam Ikatan

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)


Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.

Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya. Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.

Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.

''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''

Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.

Friday, August 12, 2011

Untuk kawan-kawan yang sama-sama berjuang~

Assalamualaikum....

Sedar x sedar...pejam celik...hari yang di impikan semakin menghampiri...
Hari yang ditunggu2 oleh kami yang dipaksa, terpaksa untuk mengambil satu semester khas semata2 untuk memenuhi hajat engineering akreditasi...
14 minggu terlaksana sudah...
Semakin hampir...
Semakin tiba...
Apabila next week mendatang...final exam akan diambil oleh kami...
Dimana pada 20 Ramadhan...
Kami bakal berpisah...
Kami bakal mengambil hala tuju masing-masing...
Membawa impian masing-masing...
Mengejar impian dan cita-cita...

Tawaran Istimewa Di Bulan Ramadhan !!!

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَشِّرُ أَصْحَابَهُ
 ]قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ يُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا 
فَقَدْ حُرِمَ    [

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a : Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memberitahu berita gembira kepada sahabat-sahabatnya dengan bersabda : “ Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang penuh berkat, Allah mewajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini  akan dibuka pintu  Syurga, dan akan ditutup pintu Neraka, syaitan-syaitan dibelenggu. Demi Allah di dalamnya terdapat suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik di dalamnya), sungguh telah diharamkan ( tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini ).
[ HR. Ahmad, an-Nasai dan al-Baihaqi dengan sanad yang Sahih ]

Sunday, August 7, 2011

Andainya ini Ramadhan Terakhir buatku..~

Ramadhan
Andainya ini Ramadhan terakhir...                                            
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir

Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

Mendayu.. Merayu... kepada- Nya Tuhan yang satu


Andai ini Ramadhan terakhir...

Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

Penuh khusyuk lagi tawadhuk

Tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil

Menangisi kecurangan janji

"Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil A'lamin"

(Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... Kuserahkan hanya kepada Allah, Tuhan
seru sekalian alam)

7 Ramadhan 1432H


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN 1432 HIJRAH

Assalamualaikum rakan-rakan....

Harini da habis 1 Ramadhan...sebelum tu nak ucapkan...AHLAN WASAHLAN YA_RAMADHAN....
Bulan Ramadhan ni bulan yang mulia....
Marilah kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini...
Mungkinkah Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir buat kita???
Waallahualam...

Monday, July 18, 2011

Tentang GenQ

Tentang GenQ

Mari membaca,
Mari menambah ilmu,
Dgn membaca...ilmu yang diucapkan tidak sia-sia,
Dgn membaca...pelbagai ilmu diterima,
Membaca itu indah,
Membaca itu bahagia.

Tuesday, July 12, 2011

Unggun

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A Samad Said

http://www.malaysiakini.com/columns/168188

Sunday, June 5, 2011

Novel terpakai untuk dijual

           TAJUK                                           PENULIS
  1. Rahsia Perindu                            Ramlee Awang Murshid
  2. Duri                                            Fauziah Ashari
  3. I Miss U                                     Nass Alina Noah
  4. Sejernih Lazuardi                        Samsiah Mohd Nor
  5. Aku Yang Kau Tinggalkan          Alina Haizar
  6. Salju Sakinah                              Zaid Akhtar
  7. Biarkan Aku Menangis                NorHayati Berahim
  8. Tarikh Luput Cinta                       Lynn Dayana
  9. Setulus Cinta                               NorHayati Berahim
  10. Ayat-Ayat Cinta                           Habiburrahman El-Shirazy
  11. Bila Dah Suka                             Mimie Afinie
  12. Gelora Jiwa                                 Aisya Sofea
  13. Cahaya Hidupku                         Ahadiat Akahshah
  14. Bisikan Rindu                              Mimie Afinie
  15. Keranamu Balqis                         Manera Muhammad
  16. Secarik Harapan                         Zulaila Zakaria
  17. Percaturan Cinta                          Masyita Sujono
  18. Kau Kekasihku                           Anis Ayuni
  19. Angkara Saka                             Zaifuzaman Ahmad
  20. Jangan Ada Dusta                       Sri Diah
  21. Selagi Ada Kasih                        Ct Rohamy Abu
  22. Menjejak Pelangi Jingga              Ramlah Rashid
  23. Rindu Yang Terlerai                     Hani Johaini

Condition : 9-8/10
Penerimaan   : Area Gombak, Shah Alam, Melaka (Ayer Keroh, MITC, Bukit Beruang) - boleh bagi by hand
                      Selain di atas : POS
Bayaran        : CIMB, BIMB, Maybank, RHB

Untuk maklumat lanjut, sila email kepada : nurhafiza86@gmail.com

Thursday, May 26, 2011

Apakah itu BAHAGIA?

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

• Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.  
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

I'm not perfect~

Kita Ada Kelemahan.

Setiap daripada kita, atau mungkin kita semua tentunya punyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi 'Nobody is perfect!'

Buat Golongan yg Meninggalkan agama~

Sekiranya kalian haus semasa hayat kalian, kalian boleh meminum rezeki Allah yang enak-enak. Sirap bandung, kopi, sirap... Semuanya kalian boleh teguk untuk menghilangkan dahaga. Tetapi, air manakah yang bisa menjadi asbab untuk menghilangkan dahagamu ketika kalian menghadapi sakaratul maut?

Tuesday, April 26, 2011

Di medan peperangan~

  1. BMFP4513  - PRODUCTION PLANNING&CONTROL    25 APRIL 2011 
  2. BMFB4212  - CORROSION&DEGRADATION                  28 APRIL 2011 
  3. BMFR4113  - CAD/CAM                                                          29 APRIL 2011 
  4. BMFB4283  - NDT&FAILURES                                              05 MEI 2011
Bacaan di sekitar peperiksaan

 1) Di waktu Turun dari rumah
  • Membaca Ayat Al-Kursi dengan tenang serta niatkan untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
  • Langkah dengan kaki kanan terlebih dahulu dengan mengucapkan "Bismillah"

Kata-kata Hukama~

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukan daging

Jangan malu memberi sedikit kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

Orang yang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.

Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang.

Sabar itu INDAH~

Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga:

1.      Sabar untuk taatkan perintah Allah.

2.      Sabar untuk meninggalkan larangan Allah.

3.      Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah.