Sunday, August 7, 2011

7 Ramadhan 1432H


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga blogger, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.


Rebutlah peluang keemasan yang diberikan Allah kepada kita dengan meningkatkan ibadah pada bulan Ramadhan dan memperbanyakkan amalan-amalan sunnah yang telah digariskan oleh Nabi Muhammad saw.


Marilah kita bersama-sama melaksanakan tuntutan kefardhuan berpuasa dengan adab dan akhlaq yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad swa  agar amalan puasa kita diterima Allah dan termasuk didalam orang-orang yang di kurniakan syurga Ar-Rayyan.

Bulan Ramadhan juga dinamakan sebagai Syahrul Quran (bulan Al-Quran), kami menyeru kepada tuan puan untuk sama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menghayatinya serta bertadarus dengan cara yang paling baik, semoga Al-quran akan memberi syafaat kepada pembacanya di hari akhirat.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya :Apabila
telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.( Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu ( Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn
Habban dan Baihaqi )

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang Ertinya : Siapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan
keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu( Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi )

No comments:

Post a Comment

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.