Assalamualaikum....
Sedar x sedar...pejam celik...hari yang di impikan semakin menghampiri...
Hari yang ditunggu2 oleh kami yang dipaksa, terpaksa untuk mengambil satu semester khas semata2 untuk memenuhi hajat engineering akreditasi...
14 minggu terlaksana sudah...
Semakin hampir...
Semakin tiba...
Apabila next week mendatang...final exam akan diambil oleh kami...
Dimana pada 20 Ramadhan...
Kami bakal berpisah...
Kami bakal mengambil hala tuju masing-masing...
Membawa impian masing-masing...
Mengejar impian dan cita-cita...
Adapun...yang dah tercapai hajat untuk menjadi engineer...
Congratulations...kerana anda memang hebat!!!
Yang tak dapat lagi....
Jangan berputus asa....Rezeki sentiasa ada dimana-mana...
Usaha tangga kejayaan...
Kepada rakan-rakan sekalian...
Mohon maaf atas segala-galanya...
Terumpat, Mengumpat, Mengata, Menyombong, Bersombong,
Tak wat keje sama-sama...
Tak amik port walaupun keje dalam group...
Terkasar bahasa...termakan dalam...
Sama-sama menjadi seorang pelajar untuk mengharungi hidup...
Sama-sama belajar untuk menjadi para ilmuan, para saintis, para jurutera,
Itulah liku-liku kehidupan...
Terima kasih kerana mengajarku erti kehidupan...
Kepada para pensyarah yang berusaha untuk memberi pemahaman kepada kami,
Berusaha untuk mendidik kami menjadi anak bangsa yang berguna,
Berusaha untuk menyampaikan ilmu supaya kami tidak ketandusan ilmu,
Berusaha untuk memotivasi kami supaya rajin belajar,
Berusaha bersungguh-sungguh menyediakan peralatan mengajar semata-mata untu kami,
Walaupun kami malas ke kelas,
Walaupun kami ponteng kelas,
Walaupun kami selalu buat kerja yang diberi last minit...
Itulah kenangan yang indah buat kami...
Terima kasih GURUKU...
Moga kalian bahagia dunia akhirat.
Tidak lupa juga kepada para technician,
Yang banyak membantu kami ketika menjalankan latihan amali,
Yang banyak membantu kami ketika kami melakukan PSM,
Yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami,
Yang tidak penat lelah melayan kerenah kami yang macam-macam,
Yang sanggup tinggal anak bini semata-mata untuk membuka lab dan memberi tunjuk ajar kepada kami dikala hari minggu yang sepatutnye hari untuk rehat,
Terima Kasih kami ucapkan...
Moga ALLAH membalas jasa kalian sume.
Terima kasih semua...Ampun Maaf salah silap...
Panjang umur jumpa lagi,
Moga berjaya dunia akhirat.
Jihad Fi sabilillah~ |
No comments:
Post a Comment
.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.