Tuesday, April 26, 2011

Kata-kata Hukama~

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukan daging

Jangan malu memberi sedikit kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

Orang yang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.

Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang.

Manusia yang paling kerap mencipta bahaya & kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati yang tertutup.

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur.Setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat.
 
Bermula fikrah dgn berfikir , kerana berfikir dtgnya zikir. Bila berzikir terserlah kebenaran dan kebenaran itu datangnya dr Al-Quran.
 
Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu.

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik.

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan...jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan buat pedoman.

Perkataan yang lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu, dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

No comments:

Post a Comment

.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.