Assalamualaikum. Dah lama tak kongsi resepi kan...bukan apa...M melanda diri...hihihi...Haaa...harini nak kongsi resepi Udang Masak Sambal...Gerenti sedap punye. ^_^. Ni adalah lunch saya semalam. Tengok dalam peti ais banyak udang. Jadi, terfikir nak masak udang sambal ni. Asyik makan ayam je...tukar selera plak kita arini yaaa...Resepi ni dapat setelah menggodek blog mat gebu.Tapi mat gebu punya ada petai. Saya punya udang sahaja.
Haaa...terliur x tengok masakan ni??? |
Resepi asal : Mat Gebu
Bahan-Bahan :
1 cawan isi udang (yang ni ikut suka nak udang saiz S, saiz M, saiz L, atau saiz XL)
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris berangkai
1/3 cawan jus asam jawa
8 camca besar penuh cili kisar (Terpulang pada kuantiti/berat udang ---> Lagi banyak udang, letak lagi banyak cili untuk wat kuah)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan halus daun kunyit
Bahan Kisar Halus :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1 inci belacan
Cara-Cara :
Cara-Cara :
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- Masukkan jus asam jawa, dan kacau rata, masak hingga hampir pekat.
- Masukkan udang dan hirisan bawang besar. Masak sekejap, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (sapa2 nak guna serbuk perasa juga boleh).
- Masukkan bawang besar yang telah dihiris.
- Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan. (Hirisan daun kunyit ni membuatkan rasa sambal tu lagi ummphhhh.)
No comments:
Post a Comment
.:: Terima kasih sudi baca. Sila tinggalkan komen anda disini ::.