Lama dah tak menjenguk di blog ni..bukan ape...asal nak tulis je...tetibe penyakit M tu datang...sebab kalau boleh, nak tulis tu bia nmpk perfecct sgt la kononye...huhuhu. Sudahnye...habuk pun tarak...
Takpela...x payah perfect2...buat je ape yg dan kan...
Arini mission complete...mission ape tu? Haaa...meh nak cite..arini pegi tuka akaun konvensional kepada akaun islamic...
Perbankan Islam: Setiap aktiviti yang dilakukan, sebagai contoh; membangunkan
produk-produk yang baru, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan halal
dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan.
Perbankan Konvensional: Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian
kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang
dilakukan akan dicatat oleh para malaikat Allah S.W.T. sama ada beroleh pahala
atau dosa.