Sunday, July 25, 2010

Ibarat Epal

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”

Dia Pilihanku

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Friday, July 16, 2010

bile nak kahwin?

nak kawen??? nak ckp lagi 10 taun leh tak??? hohoho~

Tanya la ape-ape pon~ (^-^)

cane nk dapat free,,,he3

nak dpt free ape??? nak free je sume...nak hidup skang mane leh free sume...kene bayooo...hoho~

Tanya la ape-ape pon~ (^-^)

awak bila nak kawin..hukhuk...

bile nak kawen?? dlm mase terdekat...hahaha~ blajo dulu larrr~

Tanya la ape-ape pon~ (^-^)

"CINTA REMAJA: sebuah perkongsian dari ZAHIR"

Cinta adalah makhluk tidak bernyawa. Ia tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizika. Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa. Siapakah sang ajaib Penciptanya?

Cinta adalah biasan dari Penciptanya yang Maha Pencinta. Ia dibiaskan kepada segala ciptaan-Nya supaya mereka dapat hidup dalam cinta, kasih dan mesra, serta aman bahagia.

Cinta adalah fitrah dan cinta adalah suci. Cuma, kerana hawa nafsu buas, cinta disalahgunai. Cinta suci telah dicemarkan oleh manusia yang tamak, tidak sabar, gelojoh, rendah akal dan terpengaruh oleh hasutan dan desakan keji syaitan.

Masa remaja adalah masa cinta berbunga. Pantas sekali remaja bercinta, mencari cinta dan mahu dicintai. Cinta remaja kini sudah menjadi fenomena. Di merata-rata didapati remaja bercinta, malah tenggelam dan hanyut dalamnya, lalu mati, terkorban, korban cinta yang ngeri dan menjijik serta bangkainya membusukkan.



Bermulanya semestar baru~

Assalamualaikum para blogger sekalian. Setelah sekian lama tidak di update blog ni...akhirnya berupdate jugak memandangkan harini hari jumaat (xde kelas) dan free mind dr segala pembelajaran yg memecahkan kepala. Nape memcahkan kepala??? Memandangkan tahun ni adalah final year, maka al-kisahnya terpakse mengambil subjek projek sarjana muda 1 dan 2. Tajuk yang perlu di buat adalah "Development of portable ceramic gas sensor". Yezza...terpakse meresearchkan diri untuk mencari 10 journal dan kemudian membentangkannya kepada supervisor. Ape-ape pon...tahun terakhir ini sangat mencabar. Memandangkan setelah seminggu bermulanya semester baru...dari 7 subjek yang diambil semester ini...dpt dirasakan hanya 2 subjek yang boleh di skor. Yang lain...masih blurr lagi...lebih2 lagi subjek semiconductor...nampak gaya kene lebih usaha semester ini untuk mempertahankan cgpa yang tak bape banyak.


Rasenye sampai sini buat mase ni. Coretan permulaan bagi lembaran baru...~