Jeng...jeng...
Gembira sangat apabila benih yang disemai telah menunjukkan hasilnya.
Setakat 28/3 ni...
Cuma pokok tomato tarat menunjukkan hasil...
 |
Benih Tomato Tarat |
Semai benih-benih ni pada 25 Mac 2014.
Harini 28 Mac 2014.
Benih yang disemai pada 25 Mac 2014 :
- Tomato Ceri (Dapat percuma daripada kak stevia)
- Tomato Tarat (Dapat percuma daripada kak stevia)
- Cili burung (Beli daripada en.is blog tanamsendiri.com)
- Cili kulai (Beli daripada en.is blog tanamsendiri.com)
- Sawi Menang (Dapat benih kongsi daripada en.is tanamsendiri.com)
- Sawi Pak Choy (Beli benih di supermarket)
- Daun sup (Beli benih di supermarket)
 |
Tapak Semaian |
Haaaa....harini 28 Mac 2014 pun ada semai benih...iaitu benih bendi pokok sendiri. Dulu ada tanam pokok bendi...lepastu mama simpan bendinya berkurun dalam laci. Selongkar je...nampak benih-benih ni...jadi try tanam mana tahu menjadi kan....17 biji benih tuuuu disemai untuk bendi sahaja. Kalau menjadi alamatnya nak sedekah la pokok-pokok ni. hihihi~
 |
Benih roselle |
harini juga 28 Mac dapat 2 sampul surat berisi benih roselle...2 sampul tuuuuu....Free...ada orang bagi daripada facebook. Alhamdulillah...mungkin akan disemai esok...
Seronok tau sebenarnya bercucuk tanam ni...gembira je tengok pokok-pokok yang mendatangkan hasil...
Selain tu ianya juga menguji kesabaran. Bila menyemai benih ni...kita kena sabar...lain pokok, lain cara hidup. Jadi tak boleh berputus asa dalam menyemai benih-benih ni.
Bila bercucuk tanam ni...kita tak perlu dah beli barang-barang dapur yang kebanyakannya kita gunakan hanya sedikit sahaja.
Jom tinjau-tinjau kawasan laman saya. :) Kawasan yang terhad akan digunakan dengan sebaik mungkin. ^___^
 |
Laman rumah |