Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Kaya

11.31AM
23/12/13

“Kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kaya akan jiwanya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Dah lama tak update blog...

Tahun 2014 makin menjelang...

Semoga aku istiqamah dalam melakukan ibadahNYA.

2014 - Misi sangat penting. Umur makin meningkat...Moga ALLAH beri kekuatan pada diri ini...Amin.

Sunday, June 2, 2013

Al-Fatihah~

Semalam pergi melawat sepupu di hospital KPJ Shah Alam. Sepupu Ahmad Fuuzi (36thb) meninggal kerana ada pendarahan diusus dan terus tidak stabil jam 10pagi. Sudah 2 tahun menanggung sakit buah pinggan & hilang penglihatan sejak 8 bulan lalu.

Pada jam 2 petang, still bernafas, cuma tak sedar diri...
Jam 2.30 petang, jururawat minta kami keluar untuk masukkan dan cuci apa ntah. Aku pun tak paham.
Jam 3.00 petang, jururawat minta kami semua masuk dan baca yasin, keadaan makin tenat.

Aku memerhati skrin pada monitor, degupan jantung makin lemah...daripada 40 ke 30 ke 20.

YaALLAH, dalam hati berdebar tak dapat digambarkan dengan perasaan. Tangan seram sejuk.

Jam 3.15, doktor datang cabut wayar darah.

Aku memerhati lagi skrin monitor tu. Dalam masa mak n sanak saudara berbincang, aku masih memerhati skrin monitor. Makin lemah degupann jantungnya.

Jam 3.30...degupan jantung 0. Aku terus cakap kat mak aku..."ma...dah kosong"...
Tapi tetiba naik ke 30 lebih...

Doktor kelam kabut datang...dan cek...

Innalillah..sebenarnya yang tadi mesin..nyawanya telah dicabut malaikat izrail semasa degupan jantungnya 0 tadi...

Innalillahiwainnailaihirajiun....Semoga Roh abang pojie dicucuri rahmat.

Gambar Hiasan
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Thursday, May 17, 2012

Parenting~

ANDA SUSAH UNTUK MENANGIS? Ingin merasai pengalaman menangis bersama Ust.Don Daniyal dan berdialog secara langsung dengan Ust. Azhar Idrus? Anak yang tak hormat ibu bapa? Suami isteri yang masih mencari makna BAHAGIA? Anda bakal memasuki alam berumah tangga? Jangan lepaskan peluang ke program 'iLuvislam Family Day' di Seminar Super Parents anjuran ILUVISLAM di Putrajaya. Ajak mak ayah,saudara mara,sahabat handai dan kawan biasa serta teman baik anda bertemu pakar motivasi keluarga Muslim di sana! Nak daftar pergi Seminar? Klik http://superparents.com.my/
 Marilah ramai2 menimba ilmu. kita sebagai manusia sentiasa dahagakan ilmu. Jadi...ini lah masanya...kita mempertambahkan ilmu..memperkukuhkan ilmu sedia ada..mempertajamkan minda dgn ilmu2 ini. =)

Monday, May 7, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012.

Bersama team iluvislam.com dan juga presiden iluvislam.com di booth iluvislam.com PBKL2012

Friday, April 27, 2012

Astro free

Astro telah memenangi anugerah Best of the Best di Putra Brand Awards 2012. Jadi, pihak Astro telah membuka lebih daripada 130 saluran untuk tontonan para pelanggannya mulai 27 April sehingga 6 Mei (sama tarikh ngan Pesta Buku Antarabangsa la plak...huhuhu).

Jadi...pada para pelanggan Astro...bolehlah tengok mana-mana rancangan yang anda tidak langgan pada jangka tempoh ini. =) Ianya adalah penghargaan buat para pelanggan.

Semoga berbahagia kepada kaki-kaki televisyen yang suka menonton televisyen 24jam...(eh..ade ke orang camni???) huhuhu~

All the best Astro.


***errr...tapi kalu ujan...x leh tengok jugakkan?...huhu..

Thursday, April 19, 2012

Honda Wave 100R

Ok...tgk orang sblah beli moto baru utk anknye...br form5 kot...tetibe teringat kat moto kesayanganku...aku beli moto ni ketika berada di semester 3 di Politeknik. Sebab-sebab beli adalah kerana nak dok umah sewa..perjalanan dari rumah sewa ke poli boleh kata jauh gak la...dlm 10km gtuh...nak naik bas...bas x masok dalam kawasan perumahan aku....so..aku request kat ayah aku nak beli moto..time tu umo 23 taun tau...jiran aku ni...anak dia baru 17 taun...da diberi moto...ish...manja betoiii anak2 skang...zaman skolah rendah da tau pakai hp...aku dulu time f4 br beli hp...tu pon gune duit sendiri beli...cash...duit hasil kerja butik time bulan ramadhan...berbalik kepada moto...moto ni downpayment ayah aku bayo...tp bulan-bulan aku bayo sendiri...n yg best nye...moto ni telah banyak berjasa kepada aku...Tg Malim ke KL dan KL ke Tg Malim...KL/Putrajaya ke Ayer Keroh dan Ayer Keroh ke KL/Putrajaya....memang banyak jasa moto ni...skang ni adeq aku pakai...die x jaga baik2...siap die...aku tioooowww die...hehehe...rindu kat motoku yang berada di Putrajaya...isk..isk..isk...



psst : umo moto ni nak masok 7 taun da tau...

Tuesday, April 17, 2012

Tepung Cap Sauh/Kunci/MFM

Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian.

Berkenaan tajuk diatas, alkisahnye...tersebutlah kisah...pada ahad lepas (15 April 2012), di TV Al-Hijrah ad satu segmen bersama staff persatuan pengguna islam. Jadi, tajuk pada aritu adalah berkenaan Benzoyl Peroxide yang ada pada kandungan tepung-tepung yang sangat2 biase kita gunakan dalam kehidupan seharian. Gandum setelah dikisarkan akan berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia "Benzoyl Peroxide" ke dalam tepung tadi, warna tepung akan luntur menjadi warna putih. Bahan kimia ini adalah merbahaya dalam jangka masa lama (means kalu umo skang 20an...mgkin dlm umo 40an or 50an br effect bhn kimia ni akan nmpk). Ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Apakah itu Bezoyl Peroxide???


Benzoyl Peroxide adalah :
  1. Bahan toksik
  2. Bahan penggalak tumor
  3. Boleh menyebabkan alahan pada kulit
  4. Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
  5. Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Monday, April 16, 2012

Pelancaran Proton Preve

Bukak tv td...alih2 channel nak tgk cite ape best...tertekan remote 100..tekan 100 terpapar tv1. So, trus tekan info...Rancangan Khas. Haa?? rancangan khas? rupenye..majlis pelancaran Proton Preve. Memula x nak tgk...tp..bile dok tgk2 secara x sengaja...terdetik plak nak tgk smpi habis. So...layankan la sampai habis. Macam best plak tgk Proton Preve ni. Penuh satu dewan tu dengan pekerja Proton. Adalah tu kawan2 aku kat dlm tu. Dan terimbau plak pengalaman industrial visit time kat poli dlu ke Proton Tg Malim. Memang syok la masok kilang proton tu. Ape yg syoknye? Syoknye sebab dapat tgk robot2 wat kerja....macam menari gtuh...hahaha...100% staff kat proton tg malim tu adalah lelaki sumenye. Yang bestnye lagi kitorang dpt tgk dr mula2 pembinaan kereta sampai la menjadi sebuah kereta. 



Ok..berbalik kepada Proton Preve ni...nama sebelum ditukarkan kepada Proton Preve adalah proton P3-21A. Majlis Pelancaran Proton Preve ni telah pun diadakan di MIECC (Mines Exhibition & Convention Centre) Mines Resort City, Seri Kembangan. Ianya dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Apa maksud disebalik Preve ni? Ok...ad info mengatakan yang proton preve ni diubah suai daripada perkataan asal bahasa inggeris (Proof) yang membawa maksud 'bukti.' Perkataan ini juga dipinjam dan diolah daripada bahasa sepanyol, Preve yang membawa maksud 'memperuntukkan' dan sekaligus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.

Saturday, April 14, 2012

Keputusan Anugerah Nasyeed.com

Teringat zaman skolah dlu...time hari sabtu (hari gotong royong) memang nasyed yang menjadi peneman dan penghibur kami. Ingat x rakan-rakan makwe-makwe pintar? hehehe..dari skolah tu la aku kenal beberapa kumpulan nasyid dan lagu2 nasyid. Alhamdulillah. Berbalik kepada anugerah ini, Anugerah ini telah bersiaran secara langsung bertempat di Dewan Muktamar,Pusat Islam Kuala Lumpur dan disiarkan di Tv-AlHijrah(Segalanya bermula disini -114). Sebanyak 13 Kategori Nasyeed telah dipertandingkan. Berikut merupakan kategori dan pemenang bagi Anugerah nasyeed.com 2012.

Pembukaan Anugerah Nasyeed.com
Kategori Anugerah Nasyeed Cinta - Saat Lafaz Sakinah (Far-East)
Kategori Anugerah Nasyeed Perjuangan  - Bebas Palestin ( In-Team, Rabani, Saujana dan Nowseeheart)
Kategori Anugerah Nasyeed Sirah - Sumayyah (Hijjaz)
Kategori Anugerah Nasyeed Amar - Berjalan Tanpa Henti (Deevotes)
Kategori Anugerah Nasyeed Munajat - Menanti di Barzakh (Far-East)
Kategori Anugerah Nasyeed Selawat - Binnabil Huda (UNIC)
Kategori Anugerah Nasyeed Video Muzik Terbaik - Pedoman (Nora feat Voice of Ummi) - Pengarah : Erama Creative Sdn Bhd
Kategori Anugerah Nasyeed Susunan Muzik Terbaik - Dia Muhammad (Inteam) - Pengubah : Along Exist

Kategori Anugerah Nasyeed Video Terbaik - Inikah Petanda (Rabani Feat Mawi)
Sempat snap gmbo Mawi td...lain betol..alhamdulillah...nampak sehat je.

Friday, April 13, 2012

Hujan

Hujan itu rahmat. Pagi tadi cerah je...da agak da mesti petang hujan...x petang hujan, pagi-pagi hujan...baru nak pegi menjengah atiq kat subang suria...tetibe hujan turun dengan lebatnye..huhuhu~ Nak wat camne...layankan jom lagu hujan oleh sudirman...

Nanti la makngah melawat atiq ek...

Thursday, April 12, 2012

Muhammad Adam Lutfi

Pada tanggal 10 April 2012, telah lahir baby comel kepada pasangan Sakeena Abu Haisan & Syful Adli. Baby comel ni lahir dengan berat 3.2kg pada jam 10.14am. Baby comel ni dinamakan Muhammad Adam Lutfi. Pada jam 5ptg...aunty fiza,otai dan juga diha sampai di Wad 12 B,Hospital Putrajaya untuk melihat baby comel ni. Hehehehe...ni baby comel ni...

Nyenyak tido. Ibu sakeena ckp kepala baby disengetkan supaya air liurnye terkeluar n segala n segala sisa2 dr perot kua. (lebih kurang camni la)
Nyenyakknye tido.

Monday, April 2, 2012

Muffin + Fasting

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang memberi rezeki, memanjangkan umur. DIA lah TUHAN sekalian alam. 

Memandangkan arini hari isnin, so, saya pon pose la sunat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH, tidak terasa pon lapar dahaga. Rase bertenaga sahaja.

So, dengan tenaga yang ada, try la buat muffin coklat. Dah banyak kali berhasrat nak buat...akhirnya...hari yang dinanti pun tiba (padahal harini rase rajin terlajak plak...hahaha). Sebelum ni bukan x nak wat...ad je niat nak wat...siap kuarkan bahan2 sume...tp..last2 masukkan dalam peti ais gak. So,cuma harini je yang betol2 jadi buat muffin ni.

Ada 2 jenis muffin yang ingin di buat, muffin coklat (selalu dah buat...tp....) dan juga muffin mix. Selalunya buat muffin coklat ni...mesti terbantut or bantat. Dan kali ni pon begitulah jawapnya...tapi...rasenye still sedap tauuu...ni...tgk ni...muffin coklat yang sedapppp ditabur ngan badam atasnye...memang selera la...

Nak tau resepinya? Resepinya boleh didapati di sini (Muffin Coklat). Untuk mengetahui bagaiman cara membuat muffin dengan vulcano diatasnya...boleh rujuk disini (Teknik dan tips membuat muffin). Terima kasih kepada kak nur kerana memberi tips2 mambuat muffin. Actually, saye punya muffin ni tak jadi sangat. Sebab terbantut tengah-tengah. Mungkin kerana terlalu lama kacau bahan-bahan. Ape pun saya akan usahakan lagi untuk membuat muffin terbaik macam muffin kak hana.


Friday, August 12, 2011

Untuk kawan-kawan yang sama-sama berjuang~

Assalamualaikum....

Sedar x sedar...pejam celik...hari yang di impikan semakin menghampiri...
Hari yang ditunggu2 oleh kami yang dipaksa, terpaksa untuk mengambil satu semester khas semata2 untuk memenuhi hajat engineering akreditasi...
14 minggu terlaksana sudah...
Semakin hampir...
Semakin tiba...
Apabila next week mendatang...final exam akan diambil oleh kami...
Dimana pada 20 Ramadhan...
Kami bakal berpisah...
Kami bakal mengambil hala tuju masing-masing...
Membawa impian masing-masing...
Mengejar impian dan cita-cita...

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN 1432 HIJRAH

Assalamualaikum rakan-rakan....

Harini da habis 1 Ramadhan...sebelum tu nak ucapkan...AHLAN WASAHLAN YA_RAMADHAN....
Bulan Ramadhan ni bulan yang mulia....
Marilah kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini...
Mungkinkah Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir buat kita???
Waallahualam...

Tuesday, April 26, 2011

Di medan peperangan~

  1. BMFP4513  - PRODUCTION PLANNING&CONTROL    25 APRIL 2011 
  2. BMFB4212  - CORROSION&DEGRADATION                  28 APRIL 2011 
  3. BMFR4113  - CAD/CAM                                                          29 APRIL 2011 
  4. BMFB4283  - NDT&FAILURES                                              05 MEI 2011
Bacaan di sekitar peperiksaan

 1) Di waktu Turun dari rumah
  • Membaca Ayat Al-Kursi dengan tenang serta niatkan untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
  • Langkah dengan kaki kanan terlebih dahulu dengan mengucapkan "Bismillah"

Tuesday, August 17, 2010

Anda Stress?? Saya stress anda bagaimana??

Ohh...stress tatkala keje yang bertimbun dan juga test yang banyak...
agaknye sume test nak wat sebelum cuti raya....adehhh...lagi 2 mggu kot sblom cuti raye...
next week siap ari sabtu lect nak wat test bagi CNC...
ape la nasib badan...name pon student...perjuangan mesti diteruskan....
sembang punya sembang dlm Lab tadi...cite la pasal sorang mmbe ni...
die dapat interview gov...die pegi dan mcm ad harapan besar je nak dapat...
perghhh!!!! kalu dpt mmg aku pon nak benti blaja lerrr....

Friday, July 16, 2010

Bermulanya semestar baru~

Assalamualaikum para blogger sekalian. Setelah sekian lama tidak di update blog ni...akhirnya berupdate jugak memandangkan harini hari jumaat (xde kelas) dan free mind dr segala pembelajaran yg memecahkan kepala. Nape memcahkan kepala??? Memandangkan tahun ni adalah final year, maka al-kisahnya terpakse mengambil subjek projek sarjana muda 1 dan 2. Tajuk yang perlu di buat adalah "Development of portable ceramic gas sensor". Yezza...terpakse meresearchkan diri untuk mencari 10 journal dan kemudian membentangkannya kepada supervisor. Ape-ape pon...tahun terakhir ini sangat mencabar. Memandangkan setelah seminggu bermulanya semester baru...dari 7 subjek yang diambil semester ini...dpt dirasakan hanya 2 subjek yang boleh di skor. Yang lain...masih blurr lagi...lebih2 lagi subjek semiconductor...nampak gaya kene lebih usaha semester ini untuk mempertahankan cgpa yang tak bape banyak.


Rasenye sampai sini buat mase ni. Coretan permulaan bagi lembaran baru...~

Wednesday, May 12, 2010

Kemuncak Hari Belia Negara 2010

 Salam para blogger sekalian. Minggu ini rancangan-rancangan televisyen sibuk memperkatakan tentang HARI BELIA NEGARA. Apakah itu Hari belia negara? Dimanakah ianya akan diadakan? Siapakah yang layak digelar golongan belia? Apakah program menarik yang akan diadakan sepanjang program tersebut dijalankan?


 Hari Belia Negara akan diadakan pada 15 Mei setiap tahun. Sepanjang hari belia ini, banyak program menarik akan diadakan. 

Sunday, March 28, 2010

Aktiviti pagi ni~

Asslamualaikum sahabat sekalian...
Pagi ni bgn agak lewat memandangkan tidur lewat semalam. Tapi nasib matahari tak terpancar lagi. Setelah selesai solat, terus turun bukak tv dan sapu sampah. Bagi ikan makan. Wah...seronok tau tgk ikan2 Gapi ni berenang2. Itulah rutin harian ikan gapi. Asal ku letakkan tgn di atas dasar air...semua ikan tersebut tertumpu pd jariku. Setelah sumenye berkumpul satu tempat..aku pon tabur sedikit makanan ikan. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Berwarna-warni lawa.


Sesiapa yg berminat terhadap ikan tu..boleh la dtg ke kediamanku di Presint 14,Putrajaya dan juga Tmn Melati,Kuala Lumpur. Nak ikan?? ku bleh kasik...nak pokok ijau tu pon boleh...pokok tu cepat membiak smpi terpaksa kuarkan dan letak dlm besen lain. Syg je kalu buang. So,ape kata anda dtg ke kediaman familyku dan ambil. hehehe...

Saturday, March 27, 2010

Atiq dan Divider~

Saye Atiq laa~
Salam165..ni adlh 2 pupu ku..yg bernama seperti di gmbr berikut..sgt comel..ketika lahir hanya seberat 2.3kg...dgn khasiat susu ibu..semakin membesar dan semakin comel lote si kecik ini...sgt mudah dgn org...merengek hanya ketika mahu susu...

Sebenarnye kebetulan singgah di Subang Suria untuk menghantar Ada di rumah abgnya di Kota Damansara...alang2 satu perjalanan,singgah menjenguk atiq. Memula tgknye..YaALLAH..comelnye budak kecik nih...dah makin comei..sblom ni kecik je...nak dukung pon risau..al-maklumlah...budak kecik kan tulangnye lembut lagi...hehehe...

Ok, time on da way utk pulang ke Putrajaya, sorang2 drive kete..lalu die lebuh