Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Al-Fatihah~

Semalam pergi melawat sepupu di hospital KPJ Shah Alam. Sepupu Ahmad Fuuzi (36thb) meninggal kerana ada pendarahan diusus dan terus tidak stabil jam 10pagi. Sudah 2 tahun menanggung sakit buah pinggan & hilang penglihatan sejak 8 bulan lalu.

Pada jam 2 petang, still bernafas, cuma tak sedar diri...
Jam 2.30 petang, jururawat minta kami keluar untuk masukkan dan cuci apa ntah. Aku pun tak paham.
Jam 3.00 petang, jururawat minta kami semua masuk dan baca yasin, keadaan makin tenat.

Aku memerhati skrin pada monitor, degupan jantung makin lemah...daripada 40 ke 30 ke 20.

YaALLAH, dalam hati berdebar tak dapat digambarkan dengan perasaan. Tangan seram sejuk.

Jam 3.15, doktor datang cabut wayar darah.

Aku memerhati lagi skrin monitor tu. Dalam masa mak n sanak saudara berbincang, aku masih memerhati skrin monitor. Makin lemah degupann jantungnya.

Jam 3.30...degupan jantung 0. Aku terus cakap kat mak aku..."ma...dah kosong"...
Tapi tetiba naik ke 30 lebih...

Doktor kelam kabut datang...dan cek...

Innalillah..sebenarnya yang tadi mesin..nyawanya telah dicabut malaikat izrail semasa degupan jantungnya 0 tadi...

Innalillahiwainnailaihirajiun....Semoga Roh abang pojie dicucuri rahmat.

Gambar Hiasan
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Thursday, May 17, 2012

Parenting~

ANDA SUSAH UNTUK MENANGIS? Ingin merasai pengalaman menangis bersama Ust.Don Daniyal dan berdialog secara langsung dengan Ust. Azhar Idrus? Anak yang tak hormat ibu bapa? Suami isteri yang masih mencari makna BAHAGIA? Anda bakal memasuki alam berumah tangga? Jangan lepaskan peluang ke program 'iLuvislam Family Day' di Seminar Super Parents anjuran ILUVISLAM di Putrajaya. Ajak mak ayah,saudara mara,sahabat handai dan kawan biasa serta teman baik anda bertemu pakar motivasi keluarga Muslim di sana! Nak daftar pergi Seminar? Klik http://superparents.com.my/
 Marilah ramai2 menimba ilmu. kita sebagai manusia sentiasa dahagakan ilmu. Jadi...ini lah masanya...kita mempertambahkan ilmu..memperkukuhkan ilmu sedia ada..mempertajamkan minda dgn ilmu2 ini. =)

Thursday, April 12, 2012

Muhammad Adam Lutfi

Pada tanggal 10 April 2012, telah lahir baby comel kepada pasangan Sakeena Abu Haisan & Syful Adli. Baby comel ni lahir dengan berat 3.2kg pada jam 10.14am. Baby comel ni dinamakan Muhammad Adam Lutfi. Pada jam 5ptg...aunty fiza,otai dan juga diha sampai di Wad 12 B,Hospital Putrajaya untuk melihat baby comel ni. Hehehehe...ni baby comel ni...

Nyenyak tido. Ibu sakeena ckp kepala baby disengetkan supaya air liurnye terkeluar n segala n segala sisa2 dr perot kua. (lebih kurang camni la)
Nyenyakknye tido.

Thursday, September 22, 2011

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.
Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."