11.46am
23/12/2013
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalamsujud cintaku
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Surah Al-Baqarah ayat 216]
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Monday, December 23, 2013
Tuesday, April 17, 2012
Tepung Cap Sauh/Kunci/MFM
Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian.
Berkenaan tajuk diatas, alkisahnye...tersebutlah kisah...pada ahad lepas (15 April 2012), di TV Al-Hijrah ad satu segmen bersama staff persatuan pengguna islam. Jadi, tajuk pada aritu adalah berkenaan Benzoyl Peroxide yang ada pada kandungan tepung-tepung yang sangat2 biase kita gunakan dalam kehidupan seharian. Gandum setelah dikisarkan akan berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia "Benzoyl Peroxide" ke dalam tepung tadi, warna tepung akan luntur menjadi warna putih. Bahan kimia ini adalah merbahaya dalam jangka masa lama (means kalu umo skang 20an...mgkin dlm umo 40an or 50an br effect bhn kimia ni akan nmpk). Ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Apakah itu Bezoyl Peroxide???

Benzoyl Peroxide adalah :
- Bahan toksik
- Bahan penggalak tumor
- Boleh menyebabkan alahan pada kulit
- Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
- Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.
Sunday, April 15, 2012
Bio Terapi Solat
Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Pagi ni terbace satu blog menarik daripada seorang kawan mengenai bio terapi solat. Jadi sangat2 gembira nak berkongsi info2 ni dengan rakan-rakan.
Solat merupakan
aktiviti regangan yang harmoni dengan keperluan tubuh bagi menjaga
kesihatan. Otot kita akan menjadi semakin kuat dengan melakukan regangan
ketika solat. Program regangan yang berterusan di dalam solat boleh
membantu memanjangkan otot, dan ini akan memudahkan kita melakukan
pelbagai aktiviti harian. Regangan ini dapat:
1. Mengurangkan ketegangan otot
2. Mencegah kecederaan
3. Meningkatkan gerakan sendi
4. Memantapkan koordinasi otot
5. Meningkatkan kitaran darah
6. Meningkatkan prestasi tubuh
Semasa melakukan
solat, kebanyakkan otot dan sendi akan bergerak. Gerakkan-gerakkan di
dalam solat wajib sehari semalam terdiri daripada 17 rakaat. Ianya
bersamaan dengan 119 postur fizikal setiap hari, atau 3570 postur setiap
bulan dan 43,435 postur setiap tahun. Jumlah gerakan ini semakin
bertambah apabila kita melakukan solat sunat.
Friday, April 13, 2012
Muslim - Dosa Jual Beli HARI JUMAAT
Sudah menjadi
kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang
bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan
tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun,
dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan
yang berulamkan dosa.
Persoalan jual beli yang terus
berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari
Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila
melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan
umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
Tuesday, March 27, 2012
Doa Dhuha bersama lirik - Kumpulan UNIC
Assalamualaikum...Segala Puji bagi ALLAH...Tuhan sekalian Alam. Alhamdulillah, diberikan pernafasan di muka bumiNYA untuk meneruskan perjuangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan olehNYA di muka bumi ini.
Da lama tidak mengemaskini blog...cuma kekangan masa dan sifat kemalasan dalam diri menyebabkan blog ni sudah lama tidak dikemaskini.
Ok..arini berminat nak berkongsi bersama rakan-rakan blogger mengenai "Doa Dhuha" yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tanah air iaitu UNIC.
Pertama kali mendengar nasyid ini di TV-AL-HIJRAH. Terus terpikat dengan liriknya...dan setiap kali bersiaran di TV, tak lupa berdoa sekali.
Da lama tidak mengemaskini blog...cuma kekangan masa dan sifat kemalasan dalam diri menyebabkan blog ni sudah lama tidak dikemaskini.
Ok..arini berminat nak berkongsi bersama rakan-rakan blogger mengenai "Doa Dhuha" yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tanah air iaitu UNIC.
Pertama kali mendengar nasyid ini di TV-AL-HIJRAH. Terus terpikat dengan liriknya...dan setiap kali bersiaran di TV, tak lupa berdoa sekali.
Wednesday, December 28, 2011
Istimewanya Wanita Yang Bernama 'IBU'
1. Doa Wanita
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orag penyayang tidak akan sia-sia."
2. Pahala Wanita Bersalin
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.3. Kelebihan Melahirkan Anak
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.4. Kelebihan Menyusukan Anak
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
5. Pahala Memelihara Anak
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)




