Berkenaan tajuk diatas, alkisahnye...tersebutlah kisah...pada ahad lepas (15 April 2012), di TV Al-Hijrah ad satu segmen bersama staff persatuan pengguna islam. Jadi, tajuk pada aritu adalah berkenaan Benzoyl Peroxide yang ada pada kandungan tepung-tepung yang sangat2 biase kita gunakan dalam kehidupan seharian. Gandum setelah dikisarkan akan berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia "Benzoyl Peroxide" ke dalam tepung tadi, warna tepung akan luntur menjadi warna putih. Bahan kimia ini adalah merbahaya dalam jangka masa lama (means kalu umo skang 20an...mgkin dlm umo 40an or 50an br effect bhn kimia ni akan nmpk). Ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Apakah itu Bezoyl Peroxide???

Benzoyl Peroxide adalah :
- Bahan toksik
- Bahan penggalak tumor
- Boleh menyebabkan alahan pada kulit
- Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
- Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.
