Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Dalam Sujud Cintaku

11.46am
23/12/2013

Kau berikanku segala-galanya

dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalamsujud cintaku

Tuesday, April 17, 2012

Tepung Cap Sauh/Kunci/MFM

Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian.

Berkenaan tajuk diatas, alkisahnye...tersebutlah kisah...pada ahad lepas (15 April 2012), di TV Al-Hijrah ad satu segmen bersama staff persatuan pengguna islam. Jadi, tajuk pada aritu adalah berkenaan Benzoyl Peroxide yang ada pada kandungan tepung-tepung yang sangat2 biase kita gunakan dalam kehidupan seharian. Gandum setelah dikisarkan akan berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia "Benzoyl Peroxide" ke dalam tepung tadi, warna tepung akan luntur menjadi warna putih. Bahan kimia ini adalah merbahaya dalam jangka masa lama (means kalu umo skang 20an...mgkin dlm umo 40an or 50an br effect bhn kimia ni akan nmpk). Ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Apakah itu Bezoyl Peroxide???


Benzoyl Peroxide adalah :
  1. Bahan toksik
  2. Bahan penggalak tumor
  3. Boleh menyebabkan alahan pada kulit
  4. Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
  5. Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Sunday, April 15, 2012

Bio Terapi Solat

Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Pagi ni terbace satu blog menarik daripada seorang kawan mengenai bio terapi solat. Jadi sangat2 gembira nak berkongsi info2 ni dengan rakan-rakan.
Solat merupakan aktiviti regangan yang harmoni dengan keperluan tubuh bagi menjaga kesihatan. Otot kita akan menjadi semakin kuat dengan melakukan regangan ketika solat. Program regangan yang berterusan di dalam solat boleh membantu memanjangkan otot, dan ini akan memudahkan kita melakukan pelbagai aktiviti harian. Regangan ini dapat:
1.       Mengurangkan ketegangan otot
2.       Mencegah kecederaan
3.       Meningkatkan gerakan sendi
4.       Memantapkan koordinasi otot
5.       Meningkatkan kitaran darah
6.       Meningkatkan prestasi tubuh
Semasa melakukan solat, kebanyakkan otot dan sendi akan bergerak. Gerakkan-gerakkan di dalam solat wajib sehari semalam terdiri daripada 17 rakaat. Ianya bersamaan dengan 119 postur fizikal setiap hari, atau 3570 postur setiap bulan dan 43,435 postur setiap tahun. Jumlah gerakan ini semakin bertambah apabila kita melakukan solat sunat.

Friday, April 13, 2012

Muslim - Dosa Jual Beli HARI JUMAAT

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.


Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

Tuesday, March 27, 2012

Doa Dhuha bersama lirik - Kumpulan UNIC

Assalamualaikum...Segala Puji bagi ALLAH...Tuhan sekalian Alam. Alhamdulillah, diberikan pernafasan di muka bumiNYA untuk meneruskan perjuangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan olehNYA di muka bumi ini.

Da lama tidak mengemaskini blog...cuma kekangan masa dan sifat kemalasan dalam diri menyebabkan blog ni sudah lama tidak dikemaskini.

Ok..arini berminat nak berkongsi bersama rakan-rakan blogger mengenai "Doa Dhuha" yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tanah air iaitu UNIC.

Pertama kali mendengar nasyid ini di TV-AL-HIJRAH. Terus terpikat dengan liriknya...dan setiap kali bersiaran di TV, tak lupa berdoa sekali.

Wednesday, December 28, 2011

Istimewanya Wanita Yang Bernama 'IBU'

   1. Doa Wanita 
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orag penyayang tidak akan sia-sia."  

    2. Pahala Wanita Bersalin
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.
   3. Kelebihan Melahirkan Anak
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
     4. Kelebihan Menyusukan Anak
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

     5. Pahala Memelihara Anak
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.

Friday, August 12, 2011

Tawaran Istimewa Di Bulan Ramadhan !!!

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَشِّرُ أَصْحَابَهُ
 ]قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ يُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا 
فَقَدْ حُرِمَ    [

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a : Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memberitahu berita gembira kepada sahabat-sahabatnya dengan bersabda : “ Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang penuh berkat, Allah mewajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini  akan dibuka pintu  Syurga, dan akan ditutup pintu Neraka, syaitan-syaitan dibelenggu. Demi Allah di dalamnya terdapat suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik di dalamnya), sungguh telah diharamkan ( tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini ).
[ HR. Ahmad, an-Nasai dan al-Baihaqi dengan sanad yang Sahih ]

Sunday, August 7, 2011

Andainya ini Ramadhan Terakhir buatku..~

Ramadhan
Andainya ini Ramadhan terakhir...                                            
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir

Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

Mendayu.. Merayu... kepada- Nya Tuhan yang satu


Andai ini Ramadhan terakhir...

Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

Penuh khusyuk lagi tawadhuk

Tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil

Menangisi kecurangan janji

"Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil A'lamin"

(Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... Kuserahkan hanya kepada Allah, Tuhan
seru sekalian alam)

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN 1432 HIJRAH

Assalamualaikum rakan-rakan....

Harini da habis 1 Ramadhan...sebelum tu nak ucapkan...AHLAN WASAHLAN YA_RAMADHAN....
Bulan Ramadhan ni bulan yang mulia....
Marilah kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini...
Mungkinkah Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir buat kita???
Waallahualam...

Thursday, May 26, 2011

Buat Golongan yg Meninggalkan agama~

Sekiranya kalian haus semasa hayat kalian, kalian boleh meminum rezeki Allah yang enak-enak. Sirap bandung, kopi, sirap... Semuanya kalian boleh teguk untuk menghilangkan dahaga. Tetapi, air manakah yang bisa menjadi asbab untuk menghilangkan dahagamu ketika kalian menghadapi sakaratul maut?

Tuesday, April 26, 2011

Sabar itu INDAH~

Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga:

1.      Sabar untuk taatkan perintah Allah.

2.      Sabar untuk meninggalkan larangan Allah.

3.      Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah.

Saturday, August 21, 2010

Cebisan Sekeping Hati~

Terkadang tiada manusia yang dapat memahami
apa yang sedang kita alami
terkadang kita cuba berkongsi perasaan sedih kita
tapi tetap tiada juga yang memahami
hidup ini dipenuhi dengan rakan taulan sekeliling
tetapi sebenarnya kita keseorangan
hidup bersendirian
jatuh bangun semuanya atas diri masing - masing
derita ini
sedih ini 
hanya aku yang memahami
sehingga tidak mampu lagi untuk dikongsi
punya sahabat..
tapi ada di kala gembira
saat duka
hilang entah ke mana

Sunday, July 25, 2010

Ibarat Epal

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”

Dia Pilihanku

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Friday, July 16, 2010

"CINTA REMAJA: sebuah perkongsian dari ZAHIR"

Cinta adalah makhluk tidak bernyawa. Ia tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizika. Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa. Siapakah sang ajaib Penciptanya?

Cinta adalah biasan dari Penciptanya yang Maha Pencinta. Ia dibiaskan kepada segala ciptaan-Nya supaya mereka dapat hidup dalam cinta, kasih dan mesra, serta aman bahagia.

Cinta adalah fitrah dan cinta adalah suci. Cuma, kerana hawa nafsu buas, cinta disalahgunai. Cinta suci telah dicemarkan oleh manusia yang tamak, tidak sabar, gelojoh, rendah akal dan terpengaruh oleh hasutan dan desakan keji syaitan.

Masa remaja adalah masa cinta berbunga. Pantas sekali remaja bercinta, mencari cinta dan mahu dicintai. Cinta remaja kini sudah menjadi fenomena. Di merata-rata didapati remaja bercinta, malah tenggelam dan hanyut dalamnya, lalu mati, terkorban, korban cinta yang ngeri dan menjijik serta bangkainya membusukkan.



Wednesday, April 21, 2010

Anak kecil dengan Duit bernilai RM10

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat." 


Jadilah wanita yang paling bahagia~

~~wanita itu ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat senang diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak, susah dipetik, susah digapai. Kadang- kadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi, martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan didunia tapi diakhirat. Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta ILAHI mengiringi..

Berkorban demi CINTA TERAGUNG~~~

Tuesday, March 30, 2010

Cerita Pengemis dan isteri cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Monday, March 8, 2010

Muhammad Ali~ The greatest

Muhammad Ali vs. Sonny Liston Poster

  • Born: 17 January 1942
  • Birthplace: Louisville, Kentucky
  • Best Known As: Heavyweight boxing champ called "The Greatest"

Sunday, February 21, 2010

Tip Hangat Daripada Habiburrahman El-Shirazy

1- Bagaimana mahu memperoleh ilham yang banyak?
* Sebelum menulis, seseorang itu mesti mahu banyak membaca.

Ramai yang tidak bisa menulis kerana tiada ilham. Falsafah beliau, "Ilham seperti ikan di lautan. Kan banyak sekali. Penulis pula bak nelayan/pengail ikan. Ikan juga bisa berenang ke persisiran pantai. Tetapi bilangannya tentu sedikit sekali. Begitu juga ilham, kadang-kadang memang datang sendiri. Tetapi untuk memperoleh ilham yang banyak nelayan perlu berusaha untuk ke laut dalam. Justeru penulis mesti mahu menerokai ilham tersebut.

2- Apakah cara yang terbaik untuk seseorang penulis melahirkan karya yang mampu dijiwai pembaca?

* Turutilah kesatunan laras bahasa ulama terdahulu.

Pelbagai masalah sosial yang berlaku pada hari ini merupakan pengulangan daripada zaman dahulu. Cuma, konteksnya sahaja yang berbeza. Jadinya ulama-ulama terdahulu telah menyentuhnya dengan laras yang halus dan mudah diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut.

3- Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penulis muda?
* Dekati masyarakat.

Ya, saya sendiri suka untuk mentadabbur alam dan situasi masyarakat untuk mencari ilham. Dengan cara kita duduk dalam masyarakat seperti menaiki kenderaan awam dan sebagainya, mata kita mampu melihat lalu dianalisis oleh otak.

4- Apakah sumber utama yang wajar dirujuk sebelum menulis?
* Sumber yang sudah menjadi kebiasaan kita.

Pertama ya Al-Quran. Dengan cara mentadabbur Al-Quran sahaja kita akan peroleh banyak ilham dan petunjuk. Kemudian menjadikan Sunnah Rasulullah dan Para Sahabat untuk rawatan dan pendekatan terbaik. Sebagai contoh dalam masalah perceraian. Tindakan Khalifah Umar dalam memelihara perkahwinannya wajar menjadi panduan bagi si suami. Ketiganya rujuk peninggalan alim ulama yang begitu santun menangani masalah umat. Terakhirnya, melalui pemerhatian dan analisa terhadap masyarakat kini.

5- Masalah karya terhenti separuh jalan, apa solusinya?
* Penulis juga seperti engineer.

Sebelum membina gedung. Tentunya sudah siap satu grand design untuk menyiapkan satu bangunan. Berapa ukurannya? Bagaimana bentuknya? dan sebagainya. Sama juga seperti penulis, perlu ada big picture awalan, pertengahan dan akhir ceritanya. Nasihat saya tulis sehingga habis kemudian kita berhak untuk menukar jalan ceritanya. Kita sudah ada matlamatnya. Seperti mahu berjalan, destinasinya sudah ada, jalannyakan pelbagai.

Dipetik dari www.iluvislam.com