Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Pagi ni terbace satu blog menarik daripada seorang kawan mengenai bio terapi solat. Jadi sangat2 gembira nak berkongsi info2 ni dengan rakan-rakan.
Solat merupakan
aktiviti regangan yang harmoni dengan keperluan tubuh bagi menjaga
kesihatan. Otot kita akan menjadi semakin kuat dengan melakukan regangan
ketika solat. Program regangan yang berterusan di dalam solat boleh
membantu memanjangkan otot, dan ini akan memudahkan kita melakukan
pelbagai aktiviti harian. Regangan ini dapat:
1. Mengurangkan ketegangan otot
2. Mencegah kecederaan
3. Meningkatkan gerakan sendi
4. Memantapkan koordinasi otot
5. Meningkatkan kitaran darah
6. Meningkatkan prestasi tubuh
Semasa melakukan
solat, kebanyakkan otot dan sendi akan bergerak. Gerakkan-gerakkan di
dalam solat wajib sehari semalam terdiri daripada 17 rakaat. Ianya
bersamaan dengan 119 postur fizikal setiap hari, atau 3570 postur setiap
bulan dan 43,435 postur setiap tahun. Jumlah gerakan ini semakin
bertambah apabila kita melakukan solat sunat.




