Sunday, April 20, 2014

Friday, March 28, 2014

Semai Pokok Tomato Tarat

Jeng...jeng...

Gembira sangat apabila benih yang disemai telah menunjukkan hasilnya.
Setakat 28/3 ni...
Cuma pokok tomato tarat menunjukkan hasil...

Benih Tomato Tarat


Semai benih-benih ni pada 25 Mac 2014.
Harini 28 Mac 2014.

Benih yang disemai pada 25 Mac 2014 :

  1. Tomato Ceri (Dapat percuma daripada kak stevia)
  2. Tomato Tarat (Dapat percuma daripada kak stevia)
  3. Cili burung (Beli daripada en.is blog tanamsendiri.com)
  4. Cili kulai (Beli daripada en.is blog tanamsendiri.com)
  5. Sawi Menang (Dapat benih kongsi daripada en.is tanamsendiri.com)
  6. Sawi Pak Choy (Beli benih di supermarket)
  7. Daun sup (Beli benih di supermarket)
Tapak Semaian

Haaaa....harini 28 Mac 2014 pun ada semai benih...iaitu benih bendi pokok sendiri. Dulu ada tanam pokok bendi...lepastu mama simpan bendinya berkurun dalam laci. Selongkar je...nampak benih-benih ni...jadi try tanam mana tahu menjadi kan....17 biji benih tuuuu disemai untuk bendi sahaja. Kalau menjadi alamatnya nak sedekah la pokok-pokok ni. hihihi~

Benih roselle
harini juga 28 Mac dapat 2 sampul surat berisi benih roselle...2 sampul tuuuuu....Free...ada orang bagi daripada facebook. Alhamdulillah...mungkin akan disemai esok...

Seronok tau sebenarnya bercucuk tanam ni...gembira je tengok pokok-pokok yang mendatangkan hasil...

Selain tu ianya juga menguji kesabaran. Bila menyemai benih ni...kita kena sabar...lain pokok, lain cara hidup. Jadi tak boleh berputus asa dalam menyemai benih-benih ni.

Bila bercucuk tanam ni...kita tak perlu dah beli barang-barang dapur yang kebanyakannya kita gunakan hanya sedikit sahaja. 

Jom tinjau-tinjau kawasan laman saya. :) Kawasan yang terhad akan digunakan dengan sebaik mungkin. ^___^

Laman rumah

Monday, March 24, 2014

Lulus Peperiksaan Pegawai Arkib S41 2014

Seperti yang anda tahu, SPA akan mengadakan peperiksaan bagi jawatan PEGAWAI ARKIB GRED S41 pada 1 April ini seluruh negeri secara serentak. Sudahkah anda bersedia?

Berikut saya sertakan serba sedikit info mengenai jawatan ini.

Jawatan : PEGAWAI ARKIB GRED S41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan : JABATAN ARKIB NEGARA

Deskripsi Tugas  :


  • Mengesan institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia. 
  • Menguruskan Perolehan, pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.
Syarat Lantikan :

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Lulus BAHASA MELAYU (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji Minimum : RM 1909.00 - RM 8644.00

Boleh website arkib negara untuk maklumat lanjut.

Anda tercalon untuk Peperiksaan Pegawai Arkib S41?

Nak tips-tips best tak untuk peperiksaan ini?

Soalan Peperiksaan Gred S41 tidak banyak beza daripada segi format kecuali skop soalan yang ditujukan sahaja yang berbeza. Berikut adalah pecahan bagi Peperiksaan Pegawai Arkib S41.

Seksyen A : Pengetahuan Am
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Karangan Esei Bahasa Melayu
Seksyen D : Karangan Esei Bahasa Inggeris.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
                       PANDUAN LULUS PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB S41
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Panduan ini??

Untuk lulus peperiksaan ini, anda perlukan panduan/tips bagi menghadapi peperiksaan ini. Untuk pengetahuan anda, panduan yang disediakan oleh infokerjaya sangat lengkap dan telah ramai graduan lulus peperiksaan anjuran SPA dan melalui proses peringkat seterusnya iaitu dipanggil untuk temuduga.

Jika anda merupakan salah seorang calon peperiksaan pegawai arkib, anda boleh bersiap sedia dengan menelaah panduan ini.

Berminat?


Semoga anda berjaya!!!!


Saturday, March 22, 2014

Bila diuji

Petang-petang dikala kesakitan menjengah,
Demam semakin surut,
Kepala sakit lagi,
Perubahan Cuaca barangkali,

ku termenung di luar jendela,
Melihat, menghayati...
SubhanaALLAH...
Indahnya ciptaanNYA...

Allah Maha Besar.
Allahuakbar.

Pokok Ulam Raja


Pokok Limau Kasturi

Pokok Serai

Pokok Orkid

Pokok Tenggek Burung

Pemandangan rumah Taman Cemerlang

Roket


Roket

Ada nampak kapal terbang tak?

Kapal Terbang. Teringat MH370


Pokok Tanduk Rusa

Anak-anak orkid

Pokok Orkid

Orkid di dahan pokok rambutan

Koleksi Orkid



Orkid lagi...kesian tak terjaga.


Perangkap lalat

Pokok kari

Pokok Serai wangi

Pokok Lidah Buaya 

Ikan Gapi

Monday, March 17, 2014

Hujan Membawa Rahmat

Alhamdulillah arini hujan daripada pagi sampai ke petang.

Syukur sangat2.

Pokok2 pon bertambah-tambah sihat.

Berkisarkan MH370...

Didoakan mereka selamat dan sihat walafiat.

Friday, March 14, 2014

Compost tea made easy !

)

Assalamualaikum.

Jom belajar buat kompos tea. Natual Farming.

Jimat kos. Itu yang paling penting. hihihihi~

Inshaallah lepas baja kompos daripada bahan sisa makanan seperti kulit buahan dan sayuran (in the making) siap...saya akan cuba untuk buat kompos tea ni.

Ada yang dah pernah try buat??
Atau anda beli yang dah siap di nurseri?

Monday, December 23, 2013

Umur

12.07am
23/12/13

Keampunan dan keberkatan umur lalu, sekarang dan kemudian hari. Hanya Engkau sebaik-baik perancang.

Dalam Sujud Cintaku

11.46am
23/12/2013

Kau berikanku segala-galanya

dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalamsujud cintaku

Kaya

11.31AM
23/12/13

“Kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kaya akan jiwanya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Dah lama tak update blog...

Tahun 2014 makin menjelang...

Semoga aku istiqamah dalam melakukan ibadahNYA.

2014 - Misi sangat penting. Umur makin meningkat...Moga ALLAH beri kekuatan pada diri ini...Amin.

Sunday, June 2, 2013

Al-Fatihah~

Semalam pergi melawat sepupu di hospital KPJ Shah Alam. Sepupu Ahmad Fuuzi (36thb) meninggal kerana ada pendarahan diusus dan terus tidak stabil jam 10pagi. Sudah 2 tahun menanggung sakit buah pinggan & hilang penglihatan sejak 8 bulan lalu.

Pada jam 2 petang, still bernafas, cuma tak sedar diri...
Jam 2.30 petang, jururawat minta kami keluar untuk masukkan dan cuci apa ntah. Aku pun tak paham.
Jam 3.00 petang, jururawat minta kami semua masuk dan baca yasin, keadaan makin tenat.

Aku memerhati skrin pada monitor, degupan jantung makin lemah...daripada 40 ke 30 ke 20.

YaALLAH, dalam hati berdebar tak dapat digambarkan dengan perasaan. Tangan seram sejuk.

Jam 3.15, doktor datang cabut wayar darah.

Aku memerhati lagi skrin monitor tu. Dalam masa mak n sanak saudara berbincang, aku masih memerhati skrin monitor. Makin lemah degupann jantungnya.

Jam 3.30...degupan jantung 0. Aku terus cakap kat mak aku..."ma...dah kosong"...
Tapi tetiba naik ke 30 lebih...

Doktor kelam kabut datang...dan cek...

Innalillah..sebenarnya yang tadi mesin..nyawanya telah dicabut malaikat izrail semasa degupan jantungnya 0 tadi...

Innalillahiwainnailaihirajiun....Semoga Roh abang pojie dicucuri rahmat.

Gambar Hiasan
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday, May 29, 2013

Phishing Email

Assalamualaikum.
dah lama tak update blog.
Ni starting 2013 punya.

Nak bercerita mengenai PHISHING. Bukan fishing ya...jangan salah paham plak. hehehe~

Apa itu PHISHING??

Phishing is the act of attempting to acquire information such as usernames, passwords, and credit card details (and sometimes, indirectly, money) by masquerading as a trustworthy entity in an electronic communication. Communications purporting to be from popular social web sites, auction sites, online payment processors or IT administrators are commonly used to lure the unsuspecting public. Phishing emails may contain links to websites that are infected with malware. Phishing is typically carried out by e-mail spoofing or instant messaging, and it often directs users to enter details at a fake website whose look and feel are almost identical to the legitimate one. Phishing is an example of social engineering techniques used to deceive users, and exploits the poor usability of current web security technologies. Attempts to deal with the growing number of reported phishing incidents include legislation, user training, public awareness, and technical security measures.

Sumber : Wikipedia

Monday, December 17, 2012

Akaun islamic VS Akaun konvensional

Lama dah tak menjenguk di blog ni..bukan ape...asal nak tulis je...tetibe penyakit M tu datang...sebab kalau boleh, nak tulis tu bia nmpk perfecct sgt la kononye...huhuhu. Sudahnye...habuk pun tarak...

Takpela...x payah perfect2...buat je ape yg dan kan...

Arini mission complete...mission ape tu? Haaa...meh nak cite..arini pegi tuka akaun konvensional kepada akaun islamic...

Perbankan Islam: Setiap aktiviti yang dilakukan, sebagai contoh; membangunkan
produk-produk yang baru, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan halal
dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan.

Perbankan Konvensional: Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian
kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang
dilakukan akan dicatat oleh para malaikat Allah S.W.T. sama ada beroleh pahala
atau dosa.

Sunday, September 16, 2012

Boxbe dan Topup Free

Korang tau tak apa itu BOXBE?

Ni maksud Boxbe..

The Service

Boxbe is a free service that helps reduce email overload. It works with your existing email addresses, reduces clutter, and makes sure you get email from the people who matter to you. In just minutes you can breath new life into your overworked email account.
Boxbe starts with knowledge of your contacts. It then builds upon it, extending priority to contacts of those you trust. Boxbe personalizes itself to work best for you, learning as it goes. Close integration within Gmail (including Google Apps), AOL, and Yahoo! Mail lets Boxbe stay up to date so it can continue to intelligently screen your email.
Boxbe members tell us they don't know how they managed without it. Start saving valuable time now! register.

Credit to : Boxbe

Friday, September 14, 2012

Udang Masak Sambal

Assalamualaikum. Dah lama tak kongsi resepi kan...bukan apa...M melanda diri...hihihi...Haaa...harini nak kongsi resepi Udang Masak Sambal...Gerenti sedap punye. ^_^. Ni adalah lunch saya semalam. Tengok dalam peti ais banyak udang. Jadi, terfikir nak masak udang sambal ni. Asyik makan ayam je...tukar selera plak kita arini yaaa...Resepi ni dapat setelah menggodek blog mat gebu.Tapi mat gebu punya ada petai. Saya punya udang sahaja.

Haaa...terliur x tengok masakan ni???

Thursday, May 17, 2012

Parenting~

ANDA SUSAH UNTUK MENANGIS? Ingin merasai pengalaman menangis bersama Ust.Don Daniyal dan berdialog secara langsung dengan Ust. Azhar Idrus? Anak yang tak hormat ibu bapa? Suami isteri yang masih mencari makna BAHAGIA? Anda bakal memasuki alam berumah tangga? Jangan lepaskan peluang ke program 'iLuvislam Family Day' di Seminar Super Parents anjuran ILUVISLAM di Putrajaya. Ajak mak ayah,saudara mara,sahabat handai dan kawan biasa serta teman baik anda bertemu pakar motivasi keluarga Muslim di sana! Nak daftar pergi Seminar? Klik http://superparents.com.my/
 Marilah ramai2 menimba ilmu. kita sebagai manusia sentiasa dahagakan ilmu. Jadi...ini lah masanya...kita mempertambahkan ilmu..memperkukuhkan ilmu sedia ada..mempertajamkan minda dgn ilmu2 ini. =)

Monday, May 7, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012.

Bersama team iluvislam.com dan juga presiden iluvislam.com di booth iluvislam.com PBKL2012

Thursday, May 3, 2012

Majlis Makan Malam PBKL 2012

Skang berada di majlis makan malam pesta buku antarabangsa 2012. Jam 8malam 3mei2012.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yeay...dpt pekse PTD

Arini tgh wat keje tetibe dpt msg bgtau yg kne hadirkan diri utk menjalankan peperiksaan PTD. Tpkan arini sale arini x bp bagus sgt. Orang x ramai n ujan. PWTC bnjir. Huhuhu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 27, 2012

Astro free

Astro telah memenangi anugerah Best of the Best di Putra Brand Awards 2012. Jadi, pihak Astro telah membuka lebih daripada 130 saluran untuk tontonan para pelanggannya mulai 27 April sehingga 6 Mei (sama tarikh ngan Pesta Buku Antarabangsa la plak...huhuhu).

Jadi...pada para pelanggan Astro...bolehlah tengok mana-mana rancangan yang anda tidak langgan pada jangka tempoh ini. =) Ianya adalah penghargaan buat para pelanggan.

Semoga berbahagia kepada kaki-kaki televisyen yang suka menonton televisyen 24jam...(eh..ade ke orang camni???) huhuhu~

All the best Astro.


***errr...tapi kalu ujan...x leh tengok jugakkan?...huhu..