Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Udang Masak Sambal

Assalamualaikum. Dah lama tak kongsi resepi kan...bukan apa...M melanda diri...hihihi...Haaa...harini nak kongsi resepi Udang Masak Sambal...Gerenti sedap punye. ^_^. Ni adalah lunch saya semalam. Tengok dalam peti ais banyak udang. Jadi, terfikir nak masak udang sambal ni. Asyik makan ayam je...tukar selera plak kita arini yaaa...Resepi ni dapat setelah menggodek blog mat gebu.Tapi mat gebu punya ada petai. Saya punya udang sahaja.

Haaa...terliur x tengok masakan ni???

Friday, April 27, 2012

Kangkung Belacan

Kangkung belacan ni feveret saya dari kecil sehingga sekarang. Sangat sedap dimakan bersama nasi. Lagi-lagi ketika masih panassss. =)

Resepi : Sayur Kangkung Belacan
Resepi asal : Belajar daripada emak sendiri

Bahan-Bahan :

Seikat sayur kangkung
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji Cili Besar (cili merah)
Sedikit belacan
Secukup rasa garam

Cara-Cara Memasak :
  1. Siang sayur kangkung (diasingkan daun dan batang)
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Letakkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan batang sayur dan kemudian daun sayur dan sedikit air.
  6. Masak sehingga sayur kelihatan layu. (Jangan layu sangat)
  7. Sedia untuk dihidang.

Sambal Ikan Bilis

Sambal ikan bilis ni memang menjadi kegemaran masa zaman sekolah dulu. Almaklum...duduk asrama, jadi...mak pun masak lah untuk anak-anaknya sebelum pulang ke asrama. Supaya ianya bekalan penambah selera kepada anak-anak. Hehehe. Boleh tahan lama sambal ikan bilis ni. Sedap juga dimakan begitu saja.

Resepi : Sambal Ikan Bilis
Resepi Asal : Tak ingat dah tuan empunya resepi. (Nnt da jumpa saya update)

Bahan-Bahan :

Ikan Bilis                                 Disiang terlebih dahulu (buang kepala dan tahi)
Cili Kering                               Di blender
6 ulas bawang merah kecil        Untuk ditumis
3 ulas bawang putih                  Untuk tumis
Sedikit halia                             Untuk tumis
3 bungkus tempe                      Dipotong nipis-nipis
3 biji kentang                           Dipotong kecil-kecil
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit Asam jawa
Sedikit belacan

Cara-Cara Memasak :
  1. Cili diblend bersama bawang merah kecil, bawang putih, halia dan juga belacan.
  2. Ikan bilis, tempe dan kentang di goreng sehingga garing.
  3. Masukkan minyak masak, tumiskan cili yang telah diblender bersama bawang merah,bawang putih, halia dan belacan.
  4. Biarkan cili masak. 
  5. Masukkan asam jawa dan secukup rasa garam.
  6. Setelah cili masak (lagi sedap jika kering), tutupkan api.
  7. Gaulkan ikan bilis,tempe dan kentang yang digoreng tadi ke dalam cili yang telah dimasak tadi.
  8. Sediakan untuk hidangan.
***Lagi sedap kalu ditambah dengan kacang tanah dan cili tu dibiarkan betol-betol kering. =)

Kari Ikan

Okeh..kari ikan pun sedapjugak...kalau tak habis...boleh dicicah bersama dengan roti lagi tuuu...sedapp...lagi sedap jika dimakan bersama dengan keropok dan juga sambal belacan. Memang mengancammmm. =)

Resepi : Kari Ikan
Resepi Asal : Peket Serbuk Kari Ikan Cap 0

Bahan-Bahan :

1 sudu kecil        Halba campur
25gm                 Serbuk Kari Ikan Cap 0
600gm               Ikan (Terpulang nak buat banyak mana)
200gm               Santan kelapa
12 ulas               Bawang Merah kecil (6 ulas untuk dihiris halus, 6 ulas untuk ditumbuk)
5 ulas                 Bawang putih  (2 ulas untuk dihiris halus, 3 ulas untuk ditumbuk)
1 sudu makan    Asam jawa
Secukup rasa     Garam
2 batang             Daun Kari
1/2 cawan          Minyak masak (untuk menumis)
3 batang             Bendi (Dipotong 2)
2 biji                  Tomato (dibelah 4)
3 1/2 cawan       Air

Cara-Cara Memasak :
  1. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus dicampur dengan 25gm Serbuk Kari Ikan Cap 0 bersama dengan 1 cawan air untuk dijadikan pes. ***saya blend kan je sume bahan ni. =)
  2. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih yang telah dihiris tadi bersama dengan halba campur sehingga kekuningan dan naik aroma dengan daun kari.
  3. Masukkan bancuhan pes Kari Ikan Cap 0 dan tumis dengan menggunakan api sederhana sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan asam jawa secukup rasa.
  5. Masukkan santan kelapa dan air (2 cawan). Setelah mendidih, masukkan ikan.
  6. Sederhanakan api, masukkan bendi dan tomato. Biarkan masak selama lebih kurang 5 minit.
  7. Sedia untuk hidangan.

Kurma Ayam

Ni merupakan masakan feveret saya. Sangat sedap..memang adik beradik pun dah tau...kalu saya masak...x sah kalu tiada kurma ayam. Lagi sedap dimakan bersama sambal belacan. Senang je nak masaknya...tak susah pun...jommm try resepi ni...

Resepi : Kurma Ayam
Resepi Asal : Peket Kurma Ayam&Daging Cap Adabi

Bahan-Bahan 

24gm                    Serbuk kurma ayam&daging Adabi (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
1 kati                    Ayam
1/2 cawan             Santan pekat
90ml                     Minyak masak
3 cawan                Air
2 biji                     Bawang besar (1 untuk ditumis dan 1 untuk dibelah empat)
4 biji                     Bawang putih
3 biji                     Kentang
1/2 inci                  Halia
Secukup rasa        Garam

Cara-Cara Memasak :
  1. Hiriskan bawang besar, bawang putih, halia dan tumiskan.
  2. Masukkan pes Kurma Ayam&Daging Adabi. Kacau sehingga naik baunya. ***saya blender bahan-bahan ni semua. Bawang besar, bawang putih, halia, Serbuk Kurma Ayam&Daging Adabi dan sedikit air. Blendkan. Kemudian hiris sedikit halia dan tumiskan. Kemudian baru masukkan bahan yang telah diblenderkan tadi.
  3. Masukkan ayam dan sedikit air. Tutup dan biarkan sehingga ayam masak.
  4. Masukkan santan, bawang besar yang dibelah empat dan juga kentang. Masak sehingga kentang empuk.
  5. Campurkan garam secukup rasa.
  6. Sedia untuk hidangan.
***untuk lagi sedap...boleh la tambah cili besar pada masak kurma ni. =)


 

Ayam Kari Masak Merah

Resepi hujung minggu untuk 5 hari punya masakan dan 2 rumah punya lauk...Adehhh...memang letih..tapi puas ati...hehehe~ Jommm tgk resepi pertama ni

Resepi 1 : Ayam Kari Masak Merah
Resepi Asal : Peket Kari Masak Merah Cap 0

Bahan-Bahan :

250gm (1 peket)        Serbuk Kari Masak Merah Cap 0
600gm                       Ayam (Terpulang)
1/2 biji                       Santan Kelapa
12 ulas                       Bawang Merah kecil (6 ulas dihiris halus, 6 ulas ditumbuk)
6 ulas                         Bawang Putih (3 ulas dihiris halus, 3 ulas ditumbuk)
1 inci                          Halia (1/2 inci dihiris halus, 1/2 inci ditumbuk)
1 keping                     Asam Keping
Secukup rasa             Garam
2 batang                     Daun Kari
Sedikit                       Kulit Kayu Manis, Bunga Cengkih, dan Bunga Lawang (untuk tumis)
1/2 cawan (100ml)     Minyak masak untuk menumis
1/2 cawan (100ml)     Air
4 biji                          Kentang yang dibelah 4 (saya tambah. Resepi asal tiada)

Cara-Cara Memasak :
  1. Bawang merah, Bawang putih dan halia ditumbuk halus, dicampur dengan 25gm Serbuk Kari Masak Merah Cap 0 bersama dengan 1/2 cawan air untuk dijadikan pes. ***saya gunakan blander je untuk cara 1st ni...masukkan bawang merah,bawang putih,halia dan serbuk kari masak merah cap 0 dan sedikit air dalam blender dan kemudian blend kan bahan-bahan tadi...senang kan. =)
  2. Panaskan minyak masak, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bawang merah kecil dan bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi berserta daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik aroma.
  3. Masukkan bancuhan pes Kari Masak Merah Cap 0 dan asam keping.Tumis dengan menggunakan api yang sederhana sehingga pes tersebut pecah minyak.
  4. Masukkan ayam. Kacau sehingga sebati dengan menggunakan api yang sederhana.
  5. Masukkan santan kelapa.
  6. Masukkan kentang yang telah dipotong 4.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Biarkan masak diatas api yang sederhana sehingga mendidih. Biarkan masak selama lebih kurang 5 minit.
  9. Sedia untuk hidangan.

Saturday, April 21, 2012

Lempeng kelapa

Lempeng ni senang dibuat. Hanya menggunakan adunan tepung gandum je. Masa yang diperlukan lebih kurang 10 minit je. Sesuai untuk dimakan samada untuk sarapan pagi atau minum petang.


Resepi : Lempeng Kelapa

Bahan-Bahan  Lempeng kelapa :

Tepung gandum
Kelapa parut (elok amik yang putih)
Sedikit garam
Minyak Masak
Air

Bahan-Bahan Sambal Belacan :

Segenggam cili padi
4 biji cili merah (dibuang biji)
Sedikit belacan
1 camca besar gula
Sedikit garam
Perahan limau / Air asam jawa

Friday, April 20, 2012

Muffin Coklat

Resepi ni simple je...x susah...orang2 bujang pon boleh buat...ianya juga x perlu dipukul hingga kembang...dan x perlu juga guna mesin pemukul bahan tu...


Resepi : Muffin Coklat
Resepi asal : Yani - My Resepi

Bahan-Bahan :

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya letak sebab ni muffin coklat..xnak bg lembik sangat)
Sedikit badam hancur (untuk topping)

Muffin Vanilla

Muffin Vanilla ni senang je nak buatnya. Lagi senang daripada muffin coklat..cuma perlu dapatkan tepung bagi muffin vanilla ni.


Resepi : Muffin Vanilla
Resepi Asal : cikLF - My Resepi

Bahan-Bahan :
1 paket Tepung Muffin mix-Vanilla.
3 biji telur
135g minyak jagung (saya gantikan dengan minyak masak je)
130g susu segar
Sedikit chocolate chip
Sedikit badam hancur (saya letak ni..resepi asal tiada)